Mana penat? Croatia akan bersedia hadapi Perancis, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Mana penat? Croatia akan bersedia hadapi Perancis

Jul 13, 2018 | 05:30 AM

MOSCOW: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, yang dijulang kegembiraan melahirkan keyakinan soal kepenatan para pemainnya bukanlah menjadi masalah apabila mereka berhadapan Perancis dalam final Piala Dunia Russia di Moscow Ahad ini.

Dalic menyaksikan pasukan berbakatnya yang diketuai Luka Modric diheret ke permainan masa tambahan buat kali ketiga berturut-turut sebelum mereka bangkit dengan cemerlang untuk menewaskan England di separuh akhir yang berlangsung di Stadium Luzhniki awal pagi semalam.

Ia juga kali pertama Croatia - sebuah negara yang hanya mempunyai sekitar 4 juta penduduk - mara ke final Piala Dunia; memperbaiki pencapaian terbaik sebelum ini menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1998.

Dalam dua pertarungan awal di pusingan kedua, Croatia menewaskan Denmark dan pasukan hos Russia melalui babak sepakan penalti selepas pertarungan terikat di akhir 120 minit permainan.

Kali ini gol kemenangan pada minit ke-109 jaringan Mario Mandzukic memastikan Croatia tidak perlu bergantung kepada 'tuah' penalti selepas rakannya Ivan Perisic menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan yang cemerlang England melalui sepakan tendangan percuma jaringan Kieran Trippier.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Kebimbangan utama kini menjelang pertarungan terbesar dalam sejarah bola sepak negara di Balkan itu ialah soal kepenatan berbanding pasukan seterunya, Perancis, yang beraksi sehari lebih awal dan menyingkirkan Belgium di separuh akhir di akhir 90 minit permainan.

"Inilah yang hebat sekali (mengenai pasukan ini)... dua pemain bermain dan terenjut-enjut di padang tetapi mereka tidak menunjukkannya," ujar Dalic.

"Dalam masa tambahan, tiada seorang pun pemain yang mahu digantikan... ini menunjukkan perwatakan... sesuatu yang membanggakan saya... tiada seorang pun yang menyerah kalah.

"Kami telah melakukan persiapan untuk melayakkan diri ke final, jadi semestinya kami mahu bermain (dengan baik) dalam final nanti.

"Beraksi dalam masa tambahan mungkin menjadi masalah memandangkan Perancis mempunyai kelebihan rehat sehari tetapi segala ini bukanlah menjadi alasan.

"Kami perlu bermain seolah-olah ia adalah perlawanan pembukaan kami di kejohanan ini," tambah jurulatih berusia 51 tahun itu lagi.

Sebelum ini, tiada pasukan yang pernah layak ke final Piala Dunia selepas diheret ke masa tambahan dalam ketiga-tiga perlawanan di pusingan kalah mati.

Dalic, yang hanya dilantik di penghujung pusingan kelayakan Piala Dunia ini, memimpin pasukan itu ke Russia selepas mengatasi Greece dalam pusingan penentuan.

Beliau menyifatkan Perancis sebagai "sebuah pasukan handalan dengan pemain-pemain yang hebat" tetapi pasukannya tidak kurang barisan pemain kelas dunia termasuk Modric (Real Madrid), Perisic (Inter Milan), Ivan Rakitic (Barcelona) dan wira penjaring gol kemenangan ke atas England, Mandzukic (Juventus).

Malah, Croatia membukti kehebatan mereka sebelum ini apabila menewaskan Argentina yang diterajui Lionel Messi 3-0 di peringkat kumpulan.

Pertemuan menentang Perancis dalam final Piala Dunia ini juga memberikan dorongan tambahan kepada Dalic dan anak didiknya - Croatia tewas kepada Les Blues di separuh akhir Piala Dunia 1998 sebelum merebut tempat ketiga di kejohanan yang berlangsung di Perancis itu.

"Bagi bola sepak Croatia dan Croatia sebagai sebuah negara, pencapaian ini ibarat satu sejarah baru yang sedang diukirkan," ujar Dalic lagi. - AFP, Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map