Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mangsa gua Thailand berlatih dengan Galaxy, Ibrahimovic

Oct 20, 2018 | 03:10 PM



LOS ANGELES: Pasukan bola sepak remaja Thailand yang diselamatkan dari sebuah gua banjir selepas terperangkap lebih dua minggu berlatih dengan Los Angeles Galaxy dan penyerang ternama, Zlatan Ibrahimovic semalam.



Ia hentian terkini pasukan itu dalam rangka lawatan antarabangsanya.



Pasukan Wild Boars, yang menjadi tetamu di temasya sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires awal bulan ini, dibawa melawat sekitar stadium StubHub Centre Galaxy sebelum berlatih dengan anggota pasukan MLS.



Remaja Thailand berusia antara 11 hingga 16 tahun itu berjaya dibawa keluar dari gua Tham Luang Julai lalu selepas satu usaha menyelamat yang cukup mendebarkan.



Lawatan ke Galaxy itu diselaraskan oleh bintang TV Amerika Syarikat, Ellen DeGeneres yang menerima kunjungan pasukan itu ke program kendaliannya Isnin lalu.



Bekas pemain antarabangsa Sweden, Ibrahimovic turut muncul sebagai kejutan untuk bertemu dengan pasukan itu.



“Saya fikir saya berani, tetapi anak-anak ini, pasukan ini lebih berani dari saya. Ini mungkin pasukan terbaik di dunia,” kata Ibrahimovic.



Pasukan itu menjadi tumpuan media global yang membuat liputan terperinci detik-detik menyelamatkan mereka Jun lalu yang turut mengorbankan seorang penyelam, bekas Angkatan Tentera Laut SEAL Thailand, Saman Kunan. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >