Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pilihan kepimpinan FAS: Tim 'Game Changer' bentang tujuh inisiatif

Apr 13, 2017 | 10:27 PM



TIM 'Game Changer’ yang akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyenaraikan tujuh bidang utama bagi meningkatkan lagi landskap bola sepak negara.



Inisiatif-inisiatif itu yang terkandung dalam manifesto pasukan pimpinan pengerusi kelab Liga-S, Hougang United, Encik Bill Ng, dibentangkan dalam satu sidang akhbar di Hotel Fullerton Bay, sebentar tadi.



Antara inisiatif itu termasuk memberi keutamaan kepada pertandingan bola sepak setempat seperti Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Liga Bola Sepak Wanita.



Encik Ng berkata, jika berjaya dipilih, pasukan tersebut mahu memberi tumpuan kepada kelab-kelab NFL, dengan membantu mereka supaya mampu dinaikkan ke Liga-S.



Menurutnya, untuk berbuat demikian, dana perlu disalurkan kepada kelab NFL yang menunjukkan prestasi cemerlang agar mereka lebih bersedia untuk dinaikkan ke liga profesional Singapura itu.



Tim  'Game Changer', yang dianggotai 13 calon termasuk empat anggota majlis individu, juga akan terus mencari bakat-bakat baru.



Ia merancang untuk menubuhkan Pusat Latihan Nasional, yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti beberapa padang bola sepak, gimnasium dan kemudahan perubatan, selain boleh digunakan oleh setiap pemain dari pelbagai peringkat.



Encik Ng menegaskan inisiatif tersebut penting demi mencapai kejayaan dan berharap ia mampu mengembalikan semangat sukan itu di kalangan peminat setempat. 



"Penting bagi kami untuk kembali kepada asas dan mula menyenaraikan semula strategi bagi memastikan bola sepak Singapura bersedia mengharungi masa hadapan, mampu berkembang di setiap peringkat dan akhirnya dapat menghimpunkan bersama semua rakyat Singapura dari setiap lapisan masyarakat.



“Bola sepak adalah sebuah sukan yang menyatukan masyarakat,” ujar Encik Ng.



Pilihan kepimpinan FAS akan diadakan pada 29 April ini, 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >