RAGBI
Mannix sahut cabaran bantu tingkat potensi ragbi S'pura
Nov 08, 2019 | 05:30 AM
DENGAN kejayaan Jepun menjadi tuan rumah Piala Dunia Ragbi pertama Asia, sukan ini semakin mendapat perhatian dalam benua yang mengutamakan sukan bola sepak dan ketua jurulatih pasukan ragbi nasional Simon Mannix percaya Singapura boleh memanfaatkan perkembangan sukan itu dan mencapai kejayaan baru.
Pelantikan jurulatih berusia 48 tahun itu diumumkan di majlis makan malam tahunan Persatuan Ragbi Singapura (SRU) kelmarin, lapor The Straits Times.