MADRID: Anthony Martial (atas) berpeluang menyemarak semula kerjaya yang 'tergantung' dalam La Liga selepas beliau dipinjamkan Manchester United kepada Sevilla.
Martial, 26 tahun, menyertai kelab Sepanyol itu bagi tempoh enam bulan, dan diharap dapat memperkukuh barisan hadapan kelab yang sedang bersaing dengan Real Madrid bagi kejuaraan La Liga.
Sebelum ini, beliau dilaporkan tidak berpuas hati di United kerana gagal mendapat peluang beraksi secara kerap.
Buat masa ini, Sevilla menduduki tangga kedua - empat mata di belakang Real. - AFP.