Subuh
5:40
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Martial mahu tinggalkan United tapi belum ada tawaran dari kelab lain

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Martial mahu tinggalkan United tapi belum ada tawaran dari kelab lain

Dec 28, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Penyerang Perancis Anthony Martial telah memberitahu pengurus sementara Manchester United Ralf Rangnick beliau mahu meninggalkan kelab itu.

Rangnick berkata beliau berbincang panjang dengan pemain itu Rabu lalu dan Martial, 26 tahun, memberitahunya tentang rancangannya itu dan berkata ini adalah langkah tepat pada masa ini.

Martial hanya memulakan dua perlawanan Liga Perdana England (EPL) musim ini dan menjaringkan satu gol.

Walaupun Martial ingin meninggalkan Old Trafford, Rangnick berkata United belum menerima sebarang tawaran bagi pemain itu.

Pada awal bulan ini, Ejen Martial, Philippe Lamboley, mengesahkan pemain itu mahu meninggalkan United semasa tempoh pemindahan pemain bulan depan.

Lamboley berkata Martial akan berbincang dengan United mengenai hasratnya itu.

Semalam, Rangnick berkata: "Martial memberitahu saya beliau berasa sudah tiba masanya beliau menyahut cabaran lain selepas berada di Manchester United sejak tujuh tahun lalu."

Martial menyertai United pada 2015 dari Monaco pada bayaran £36 juta ($65 juta), menjadikannya pemain remaja paling mahal pada masa itu.

Beliau menjaringkan 79 gol dalam 268 perlawanan bagi United, tetapi dipinggirkan daripada kesebelasan utama dengan kehadiran pemain seperti Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani dan Jadon Sancho.

Beliau tidak dipilih beraksi dalam sebarang perlawanan sejak Rangnick menyertai kelab itu dan hanya menyarung jersi United 10 kali dalam semua pertandingan musim ini.

"Saya rasa kata-kata Martial itu boleh difahami," kata Rangnick.

"Saya boleh menuruti permintaannya, tapi pasa masa ini keadaan di kelab ini juga sukar, dengan Covid-19 menjejas persiapan kami dalam tiga pertandingan penting yang kami ingin terus saingi.

"Buat masa ini, sebagaimana yang saya ketahui, belum ada sebarang tawaran daripada kelab lain dan jika keadaan ini berkekalan, beliau akan terus berada di kelab ini." - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3