Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU BELGIUM LAWAN BRAZIL

Martinez: Belgium tiada apa-apa taktik istimewa apabila temu Brazil

Jul 06, 2018 | 05:30 AM



KAZAN (Russia): Jurulatih Belgium, Roberto Martinez, akui beliau tidak mempunyai sebarang rahsia apabila mengatur taktik pasukannya dalam usaha meranapkan impian Brazil untuk menjulang kejuaraan Piala Dunia buat kali keenam apabila kededua pasukan itu bertemu di suku akhir kejohanan di sini mulai 2 pagi esok (waktu Singapura).



Begitupun pasukan berbakatnya yang mendapat julukan 'Generasi Emas' telah diingatkan bahawa bahawa pertemuan dengan pasukan favourit dari Amerika Selatan itu mungkin menjadi peluang terakhir bagi mereka menyinar di pentas dunia.



"Ia perlawanan impian bagi para pemain kami," akur Martinez.



"Tiada banyak rahsia mengenai pertarungan itu nanti. Kami perlu bertahan sebaik yang mungkin dan berusaha menghukum mereka apabila kami menguasai bola.



"Ia semudah itu... saya fikir pasukan kami sudah bersedia untuk menyahut cabaran ini," tambah bekas pengurus Everton itu.



Di atas kertas, skuad pimpinan Martinez yang membariskan pemain-pemain berbakat seperti Eden Hazard dari Chelsea, Kevin De Bruyne dari Manchester City dan penyerang Manchester United Romelu Lukaku yang sudah pun menjaringkan empat gol Piala Dunia sejauh ini mampu mencatatkan kejutan besar.



Di temasya Piala Dunia Brazil empat tahun lalu, mereka turut melayakkan diri sejauh suku akhir dengan pencapaian terbaik mereka ialah semasa pasukan yang membariskan Frank 'Little Prince' Vercauteren melayakkan diri ke separuh akhir sebelum tewas kepada dua gol Diego Maradona bagi Argentina di Piala Dunia 1986.



Sebelum kejohanan ini, Vercauteren berkata bahawa temasya di Russia ini "mungkin antara peluang terakhir bagi generasi pemain berbakat itu memenuhi potensi sebenar mereka kerana di (Piala Dunia) 2022, kebanyakan mereka tidak lagi akan bermain".



Namun, Martinez dan anak didiknya sedar cabaran besar yang menanti lebih-lebih dengan Brazil dan superstar pasukan Neymar kian menemui rentak 'samba' terbaik mereka.



Selain jentera serangan yang berbisa yang turut menyaksikan Neymar menjaringkan gol kedua semasa kemenangan ke atas Mexico serta Willian mempamerkan prestasi terbaiknya bagi Selecao sejauh ini, skuad Brazil pimpinan Tite kali ini turut membuktikan bahawa mereka memiliki benteng pertahanan yang kukuh - yang hanya dibolosi sekali oleh Switzerland semasa seri 1-1 dalam perlawanan pembukaannya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >