Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masa depan Mourinho semakin kelam selepas Chelsea kecundang 1-3 kepada Liverpool

Oct 31, 2015 | 10:57 PM



MASA depan pengurus Chelsea, Jose Mourinho, semakin gelap apabila pasukannya tewas 1-3 kepada Liverpool dalam satu perlawanan Liga Perdana England yang berakhir sebentar tadi (31 Oktober).


Ramires membuka tirai jaringan bagi Chelsea seawal minit keempat pertemuan di Stamford Bridge tetapi Philippe Coutinho menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat sebelum meletakkan Liverpool di hadapan apabila percubaannya terkena pemain lawan pada minit ke-74.


Christian Benteke kemudian muncul dengan gol ketiga 'The Reds' bagi menjamin kemenangan Liverpool sekali gus menghukum 'The Blues' yang mengalami kekalahan keenam daripada 11 perlawanan liga sejauh ini, sekali gus menimbulkan tanda tanya besar mengenai masa depan Mourinho yang hanya lima bulan lalu memimpin Chelsea menjuarai Liga Perdana musim lalu.


Kekalahan terbaru itu satu lagi tamparan kepada Mourinho yang awal minggu ini melihat pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Liga England selepas kecundang kepada Stoke City.


Dengan Mourinho dan anak didiknya dirundung malang, Liverpool meraikan kemenangan pertama liga - dan kedua dalam lima perlawanan - sejak di bawah pimpinan Jurgen Klopp. Awal minggu ini, bekas pengurus Borussia Dortmund itu meraikan kemenangan sulungnya dalam bola sepak Inggeris selepas menyaksikan anak didiknya menang 1-0 ke atas Bournemouth dalam Piala Liga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >