Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU GEYLANG INTERNATIONAL LAWAN HOUGANG UNITED

Masanya bagi sang helang terbang tinggi?

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



PERLAWANAN yang menjadi tumpuan hujung minggu ini melibatkan dua pasukan yang memulakan musim dengan cita-cita tinggi tetapi sedang menghadapi cabaran untuk 'menembusi' tiga tempat teratas liga setelah gagal mencapai keputusan yang konsisten dalam enam perlawanan setelah liga bermula semula.



Dengan jadual liga yang padat akibat Covid-19 dan pengunduran Brunei DPMM, setiap dari baki lima perlawanan, akan menjadi semakin penting dan Geylang International dan Hougang United menyedari hakikat ini.



Kali pertama Geylang yang dikenali dengan gelaran 'Sang Helang' bertemu dengan Hougang, yang dikenali sebagai 'Cheetah' ialah apabila kelab tersebut kembali beraksi di kubu sendiri - di Stadium Hougang.



Namun Geylang mengganggu 'suasana perayaan' itu dengan kemenangan 2-1.



Kali ini giliran Geylang untuk menyambut kedatangan Hougang ke Stadium Tampines, stadium di mana Sang Helang telah mengalami nasib bercampur sejauh ini dengan satu kemenangan dalam tiga perlawanan sejak musim bermula.



Kemenangan tersebut diperolehi dalam perlawanan menentang Tanjong Pagar United, pasukan yang masih belum menikmati kemenangan pertama musim ini.



Kegagalan mencapai persembahan konsisten ini telah mencorak musim Geylang selain cabaran yang dihadapi untuk mengalahkan pasukan lawan yang berada di kedudukan tiga teratas.



Berdasarkan persembahan musim, Geylang bersama-sama dengan Hougang United dan Balestier Khalsa berada dalam 'kedudukan selesa' di pertengahan tangga liga dan keselesaan itu nampaknya akan mendorong Geylang untuk tidak merubah cara permainan mereka.



Jurulatih Noor Ali - yang menyerlahkan suasana harmoni pasukannya - akan terus mendorong anak buahnya itu mempamerkan persembahan berteraskan serangan.



Dalam sidang media setelah perlawanan dengan Tanjong Pagar, Noor Ali sempat juga bergurau tentang kecederaan kepada pemain penyerang Khairul Nizam.



Bagaimanapun, tetap ada soalan penting yang menghantui Geylang - meskipun memiliki pemain-pemain berkebolehan yang bertahap antarabangsa dan gaya permainan yang menghiburkan peminat, mampukah Geylang kembali ke persada liga seperti yang pernah dinikmatinya pada lewat 1990-an dan awal 2000?



Bagi Hougang United pula, mereka boleh dianggap sebagai pasukan yang paling kurang bernasib musim ini.



Setelah melebihi jangkaan dan melayakkan diri untuk Piala AFC, pertandingan itu dibubar untuk musim ini dan si Cheetah juga kehilangan penyerang handalan Stipe Plazibat kepada Lion City Sailors.



Ini menyebabkan persembahan mereka mula merosot dengan hanya dua kemenangan dari enam perlawanan terakhir, walaupun satu kemenangan itu datang dari perlawanan dengan Tampines Rovers.



Setelah perlawanan menentang Lion City Sailors Selasa lalu, jurulatih Clement Teo berkata:



"Memang lumrah yang setiap perlawanan adalah perlawanan mesti menang. Sekarang mungkin kami berada di tangga corot tetapi jika kami mula menang semula, kami boleh cepat mendaki tangga liga sebab cuma ada dua pusingan perlawanan."



Satu lagi perlawanan akan berlangsung Sabtu ini antara Balestier Khalsa dan Singa Muda di Stadium Bishan.



Dalam pertemuan pertama Mac lalu, Balestier menang dengan dua gol tanpa balas walaupun setelah seorang pemain dibuang padang.




AKSI MINGGU INI



Esok, 5.20 petang



Geylang International lwn Hougang United



Singtel TV Ch 111



Starhub TV Ch 202



Balestier Khalsa lwn Young Lions



Singtel TV Ch 113



StarHub TV Ch 201



Ahad, 5.20 petang



Tanjong Pagar United lwn Tampines Rovers



Singtel TV Ch 113



StarHub TV Ch 201



Lion City Sailors lwn Albirex Niigata



StarHub TV Ch 202



Semua perlawanan juga boleh disaksikan di Facebook dan YouTube Liga Perdana Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >