LOS ANGELES: Jaguh tinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather, berkata bahawa beliau akan bertarung dengan Amir Khan, sekiranya petinju Britain itu menewaskan Adrien Broner.
Khan disebut-sebut sebagai pencabar utama Mayweather di Las Vegas pada 3 Mei ini selepas diundi sebagai pilihan utama peminat tinju dalam undian bagi mendapatkan pencabar kepada juara dunia sebanyak 10 kali dari Amerika itu.