Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mayweather tewaskan Pacquiao untuk kekal rekod tidak pernah kalah

May 03, 2015 | 01:20 PM



LAS VEGAS: Petinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather, menewaskan Manny Pacquiao dengan keputusan sebulat suara dalam pertemuan kelas 'welter' yang dianggap 'Pertarungan Tinju Yang Dinanti-Nantikan Abad Ini' di Las Vegas yang berakhir baru tadi (3 Mei).


Kemenangan itu meneruskan rekod tanpa kalah Mayweather kepada 48 pertarungan dan melihatnya - yang memiliki mahkota Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Majlis Tinju Dunia (WBC) - merampas kejuaraan Gabungan Tinju Dunia (WBO) daripada pencabarnya dari Filipina itu.


Pacquiao, yang kini mempunyai rekod 57 kemenangan, dua seri dan enam kekalahan, tidak berjaya mempamerkan prestasi agresif yang sememang dikenalinya itu untuk benar-benar menunudukkan lawannya itu.


Kesemua juri memberikan kemenangan yang agak selesa kepada Mayweather sekalipun Pacquiao mengatakan bahawa beliau telah melakukan yang secukupnya untuk diistiyar sebagai pemenang.


"Saya ingat saya akan menang... Beliau tidak melakukan apa-apa sepanjang pertarungan," ujar jaguh Filipina itu.


Begitupun, Mayweather berjaya melaksanakan apa yang sememangnya beliau mahir melakukan di dalam gelanggang - mempamerkan 'pertahanan' yang hebat untuk menangkis serangan-serangan Pacquiao.


Sekalipun jarang melepaskan tumbukan bertubi-tubi seperti yang dilakukan Pacquiao, serangan-serangan Mayweather kerap menemui sasaran.


Juri Dave Moretti memberikan kemenangan 118-110 kepada Mayweather manakala dua juri lain, Glenn Feldman dan Bert Clements, mencatatkan keputusan 116-112 kepada petinju Amerika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >