Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ANTARABANGSA

Mbappe wira Perancis

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



MILAN: Kylian Mbappe menjaringkan gol kontroversial untuk membantu Perancis bangkit selepas ketinggalan untuk menewaskan Sepanyol dan menjadi pasukan kedua memenangi Liga Negara-Negara.



Pengadil memutuskan Mbappe tidak berada dalam posisi ofsaid apabila beliau meleret bola di bawah tubuh Unai Simon pada minit ke-80, selepas Karim Benzema menjaringkan gol penyamaan yang menarik di Stadium San Siro.



Sepanyol, sebelum itu telah menjaringkan gol pertama menerusi Mikel Oyarzabal, yang bertindak lebih kuat untuk melindungi bola daripada pemain pertahanan Dayot Upamecano dan memperdaya Hugo Lloris.



Lloris juga menyelamatkan dua gol pasti untuk memastikan Perancis, yang juga juara dunia bertahan, memenangi perlawanan itu 2-1.



Penjaga gawang Tottenham Hotspur itu menyelamatkan percubaan Oyarzabal sebelum meloncat secara automatik untuk menyelamatkan bola hasil percubaan Yeremi Pino dalam masa kecederaan.



Kemenangan itu bermakna Perancis menjadi pemenang kedua pertandingan tersebut selepas Portugal menjadi juara buat julung-julung kali pada 2019.



Namun kemenangan itu dicalar kontroversi.



Gol kemenangan yang dijaringkan oleh Mbappe itu, walau dikatakan sah oleh pengadil, didapat dijaringkan dari posisi permulaan ofsaid.



Mbappe, yang menyarung jersi Paris Saint-Germain di peringkat kelab berada dalam posisi ofsaid semasa Theo Hernandez mengumpan bola 'through-ball' kepadanya.



Pemain pertahanan Sepanyol menyentuh bola dalam percubaan untuk merembatnya keluar dan bola melantun ke arah Mbappe.



Peraturan terkini Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berkata seorang pemain yang berada dalam posisi ofsaid semasa menerima bola daripada pemain lawan yang sengaja berbuat demikian... tidak dianggap telah mendapat kelebihan.



Perancis, yang mara ke final selepas menewaskan Belgium 3-2 pada Khamis lalu - juga selepas ketinggalan dalam perlawanan - hanya beraksi dengan lebih rancak selepas sejam perlawanan.



Tekad untuk tidak kalah yang ditunjukkan anak didik Didier Deschamps dalam perlawanan dengan Belgium itu ditunjukkan lagi apabila Benzema menjaringkan gol penyamaan kurang dua minit selepas Sepanyol membuka tirai jaringan.



Meskipun Perancis kurang menguasai perlawanan, ia kelihatan begitu berbahaya apabila membuat serangan balas, sehingga Mbappe menjaringkan gol keduanya.



Benzema, yang hanya diundang menyertai pasukan nasional semula bagi Kejohanan Eropah (Euro) 2020 berkata dalam wawancara di televisyen:



"Memang saya benar-benar ingin menang satu trofi bagi Perancis. Kini harapan itu telah tercapai.



"Kami telah menunjukkan kekuatan mental dan pasukan ini juga amat kuat, kerana kami tidak mengaku kalah.



"Ini adalah satu tanda pasukan hebat yang tidak cemas dan yang bersabar menanti peluang," ujar Benzema lagi. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >