LOS ANGELES: Jaguh seni mempertahan diri campuran (MMA) Conor McGregor berjanji menumbangkan juara tinju dunia, Floyd Mayweather, seawal empat pusingan pertama apabila mereka bertarung dalam satu pertarungan tinju glamor di Las Vegas pada 26 Ogos ini.
McGregor dan Mayweather bersemuka buat kali pertama di hadapan ribuan penyokong dalam satu sidang akhbar di Los Angeles, Amerika Syarikat, kelmarin.