HOYLAKE (United Kingdom): Rory McIlroy kini hanya dipisahkan enam pukulan serta 18 lubang daripada mengorak langkahnya menyertai nama-nama ikonik, Tiger Woods dan Jack Nicklaus, di persada golf dunia.
Jaguh Ireland Utara itu begitu cemerlang sekali sepanjang Terbuka British ini bagi meninggalkan pencabar terdekatnya, Rickie Fowler dari Amerika Syarikat, enam pukulan di belakangnya.