Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA SEPARUH AKHIR PERTAMA

Menang 2-1, Man City selesa menanti PSG

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Manchester City berada di kedudukan selesa untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara selepas bangkit menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 dalam aksi pertama pusingan separuh akhir di Paris awal pagi semalam.



Marquinhos meletakkan pasukan tuan rumah di depan menerusi tandukan daripada tendangan sudut pada minit ke-15.



Bagaimanapun Kapten City Kevin De Bruyne menewaskan penjaga gol PSG Keylor Navas dengan sepakan lencong pada minit ke-64 bagiu gol penyamaan sebelum Riyad Mahrez memastikan kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-71.



Pengurus City Pep Guardiola, memberitahu anak buahnya supaya percaya kepada kemampuan sendiri bagi menyelesaikan tugas minggu depan untuk mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama.



"10 minit terakhir separuh masa pertama cukup baik dan babak kedua amat cemerlang di semua bahagian.



"Kami menjaringkan dua gol di tempat lawan yang amat penting sekali, tetapi tugas sukar menanti kami dalam tempoh enam hari.



"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan tetapi kami masih separuh jalan.



"Masih ada 90 minit untuk menewaskan mereka dan PSG adalah pasukan yang mampu melakukan apa saja," kata Guardiola.



Selepas bermula dengan baik, PSG terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Idrissa Gana Gueye dibuang padang pada minit ke-77 kerana mengasari Ilkay Gundogan.



Rekod PSG di kubu sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini tidak begitu baik apabila mereka turut tewas kepada Manchester United, Barcelona dan Bayern Munich.



Mengulas tentang perlawanan tersebut, pengurus PSG Mauricio Pochettino berkata beliau kecewa dengan keputusan tersebut dan pasukannya gagal menunjukkan semangat yang diperlukan untuk menewaskan City.



"Terdapat dua babak yang berbeza - kami lakukan yang terbaik pada separuh masa pertama namun ia sukar untuk menguasai pasukan seperti City.



"Kami wajar untuk berada di hadapan tetapi mereka menunjukkan persembahan yang lebih baik daripada kami dan mendominasi separuh masa kedua.



"Sukar untuk mengatasi keadaan fizikal mereka, mereka lebih agresif. Kami tidak menunjukkan tenaga yang anda perlukan.



"Dan tidak dapat dinafikan, mereka mempunyai kelebihan untuk perlawanan kedua nanti," ujar Pochettino.



Tugas sukar menanti PSG di England Selasa ini dalam usaha PSG memburu tempat di final untuk musim kedua berturut-turut. - AFP, Agensi berita

 




PSG SUKAR ATASI TAHAP FIZIKAL CITY



"Sukar untuk mengatasi keadaan fizikal mereka, mereka lebih agresif. Kami tidak menunjukkan tenaga yang anda perlukan.



Dan tidak dapat dinafikan, mereka mempunyai kelebihan untuk perlawanan kedua.''
- Pengurus PSG Mauricio Pochettino



MAN CITY MASIH SEPARUH JALAN UNTUK JADI JUARA



"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan tetapi kami masih separuh jalan.



"Masih ada 90 minit untuk menewaskan mereka dan PSG adalah pasukan yang mampu melakukan apa saja.''
- Pengurus City Pep Guardiola




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >