SINGAPURA mengakhiri acara menembak wanita pada hari pertama dengan menyapu bersih kesemua tiga tempat pertama acara perseoranga 10 meter rifel angin.
Pingat emas dimenangi Tessa Neo yang menembak 207.0 mata, sementara Jasmine Ser menembak 204.9 mata.
Namun, Martina Veloso, yang mendapat tempat ketiga tidak akan menyimpang pingat gangsa - yang diberikan kepada peserta tempat keempat Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, atas dasar semangat kesukanan.
Sebelum acara ini, trio wanita itu telah memenangi acara berpasukan wanita bagi senjata dan jarak yang sama.