Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

NOTTHINGHAM FOREST LWN TOTTENHAM HOTSPUR

Mengapa Spurs dijangka mudah belasah Forest

Aug 28, 2022 | 06:10 AM



LONDON: Notthingham Forest menerima kunjungan Tottenham Hotspur di stadium sendiri malam ini dibebani pengalaman buruk.



Kali terakhir pemain Forest menjaringkan gol semasa menentang Spurs dalam Liga Perdana England (EPL) adalah pada 1997, apabila pemain asal Wales, Dean Saunders, memperdaya Ian Walker dari jarak dekat.



Forest juga berdepan dengan Spurs yang berwajah dan bersemangat baru di bawah bimbingan Antonio Conte, yang enggan mengaku kalah sehingga wisel penamat dan tidak 'segan' mengasak kubu lawan bertubi-tubi.



Malah, pada musim lalu, Spurs tidak melepaskan satu gol pun dalam semua perlawanan dengan pasukan yang baru naik ke EPL.



Bekas pemain England, Chris Sutton, yang ini bertugas sebagai juruanalisis bola sepak dengan BBC Sport, berkata semua ini tanda-tanda Forest akan dibelasah teruk oleh Spurs malam nanti.



"Keputusan ini senang diramal... memandangkan 'form' Spurs musim ini. Bagi saya, Forest akan menjadi mangsa kebangkitan Spurs di bawah Conte," ujar Sutton, yang meramalkan Forest akan tewas 0-5.



Menurut beliau: "Pengurus Forest, Steve Cooper, besar kemungkinan akan mengatur strategi bersifat menyerang di depan penyokong sendiri dan ini akan membawa padah.''



Namun, Forest yang naik ke EPL dari liga Championship telah menunjukkan ia bukan sekadar mencukupkan bilangan kelab dalam liga elit ini.



Ia telah menewaskan West Ham dalam perlawanan EPL - yang pertama dalam 23 tahun - di depan penyokong sendiri dan minggu lalu, kecewa selepas diikat seri oleh Everton, walaupun telah menguasai sebahagian besar permainan.



Satu cara Cooper cuba mendorong dan memberi rangsangan kepada pasukannya musim ni adalah dengan memberitahu mereka bahawa sesiapa sahaja boleh dipilih beraksi pada hari permainan, termasuk pemain lebih muda dari akademinya.



Dalam perlawanan Piala Liga menentang Grimsby di awal minggu, beliau menurunkan Aaron Donnelly, 17 tahun, sepanjang 90 minit perlawanan, sementara pemain lebih muda seperti Dale Taylor, Oli Hammond dan Zach Abbott juga diberi peluang beraksi di padang.



"Memang, hasrat saya adalah untuk memilih pasukan yang terbaik, termasuk dari tampungan pemain muda kami.



"Namun mesej saya kepada mereka adalah jelas. Mereka hanya akan dipilih jika mereka menunjukkan mereka telah bersedia," ujar Cooper.



Forest kini menduduki tangga ke-10 dalam liga, enam tangga di belakang Spurs.



Spurs pula mahu meneruskan momentum kemenangan dan beraksi dengan baik selepas memulakan musim dengan langkah kanan.



Ia telah menang dua perlawanan dan seri sekali - dalam perlawanan dengan Chelsea - yang berakhir dengan kededua Conte dan Thomas Tuchel dari Chelsea didenda.



Tiga mata hasil perlawanan ini bermakna Spurs akan mempunyai tiga kemenangan atau sembilan mata daripada empat perlawanan pertama - satu kutipan mata yang memberangsangkan.



Satu faktor penting bagi Spurs untuk menewaskan Forest malam ini adalah Harry Kane, yang boleh mengubah permainan dengan satu sentuhan dan begitu berbahaya dalam petak penalti.



Kane, yang juga kapten England, telah muncul untuk memberi sumbangan genting kepada pasukannya sementara beberapa bintang lain di Spurs, termasuk Son Heung-min sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan semula semula form yang ditunjukkan di penghujung musim lalu.



Jika Kane meneruskan kecemerlangannya musim ini dan Son yang 'sebenar' hadir di stadium nanti, mungkin ramalan Sutton boleh menjadi nyata. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >