TATKALA ramai rakan memilih berehat di rumah, Haminudin Hassan, 54 tahun, menguatkan semangat menolak kerusi rodanya menaiki MRT ke Stesen Tanjong Pagar menjalani latihan tiga kali seminggu selama tiga jam menyahut panggilan 'berkhidmat' untuk negara.
Tetapi Haminudin bukan atlit biasa. Beliau membesar di atas kerusi roda kerana tidak boleh berjalan sejak dilahirkan.