Awal minggu ini, BeritaHarian.SG mengajukan soalan berikut kepada pembaca di laman Facebook Berita Harian.
Bolehkah Chelsea, yang dijangka menurunkan kesebelasan simpanan dalam perlawanan malam ini, menewaskan Liverpool dan meranapkan impian Liverpool menjuang mahkota EPL?
Berikut beberapa pandangan pembaca.
Apa kata penyokong...
Daripada Facebook Berita Harian
Bolehkah Chelsea, yang dijangka menurunkan kesebelasan simpanan meranapkan
impian Liverpool, menjuang mahkota EPL?
Tak mungkin Chelsea dapat meranapkan impian Liverpool. Kini Liverpool dalam keadaan mantap dan ghairah untuk menang, setelah 24 tahun tak menjulang kejuaraan. Tahun ini ialah tahun Liverpool. YOU NEVER WALK ALONE.
– Nur Sheila Cristiano
Nur Sheila Cristiano – Tahu tak apa. LFC mengidam selama 24 tahun dan gian lima tahun nak masuk Liga Juara-Juara.
– Salleh Benkader
“Cakap tuh biar tactical lah bro. Kededua pasukan ada kekuatan mereka sendiri. Sama-sama kita saksikan Ahad ini. Tak perlu nak hentam-hentam. Chillax!
– Mohd Yusof Yunos
Impian Liverpool harus diranap dan dimusnahkan... Yang Teristimewa (Jose Mourinho) akan menyiapkan formula khas untuk memberikan Liverpool tentangan dan mencipta pertempuran hebat...
– Hassan Basri