LIGA JUARA-JUARA
Messi beri amaran tempat Barca di final belum terjamin
Walaupun Barcelona jaya tumpaskan Liverpool 3-0 pada separuh akhir pertama di Nou Camp
May 03, 2019 | 05:30 AM
BARCELONA: Lionel Messi memberi amaran kepada rakan sepasukannya bahawa tempat Barcelona di final Liga Juara-Juara masih belum terjamin sekali pun menundukkan Liverpool 3-0 pada aksi separuh akhir pertama, awal pagi semalam.
"Pasti lebih baik jika menang 4-0 berbanding 3-0 tetapi ia adalah keputusan yang amat bagus," kata penyerang bintang Argentina itu.