Messi cipta sejarah sebagai terbaik dunia buat kali ke-7, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

ANUGERAH BALLON D'OR

Messi cipta sejarah sebagai terbaik dunia buat kali ke-7

Dec 01, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan kapten Argentina, Lionel Messi (gambar kanan), dinobatkan anugerah pemain bola sepak terbaik dunia, Ballon d'Or, buat kali ketujuh - satu rekod dunia.

Messi, 34 tahun, membantu negaranya menjuarai Copa Amerika awal tahun ini, trofi antarabangsa pertama yang dimenanginya, di samping menjaringkan 40 gol - 28 bagi Barcelona, empat bagi PSG dan lapan bagi pasukan negaranya.

Bintang Bayern Munich dari Poland, Robert Lewandowksi, muncul di tempat kedua, sementara pemain midfield Chelsea dan Italy, Jorginho, di tangga ketiga.

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah, pula sekadar di tangga ketujuh.

Pemenang anugerah ini dipilih oleh 180 wartawan dari serata dunia.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ia tidak diberikan tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Messi dan Cristiano Ronaldo - yang telah lima kali memenangi anugerah tersebut - menguasai anugerah berprestij itu dari 2008 hingga 2019 - kecuali pada 2018 - apabila bintang midfield Croatia, Luka Modric, memenanginya.

Messi telah memenangi trofi ini lebih banyak kali berbanding pemain lain dan kejayaannya yang ketujuh tahun ini muncul selepas beliau meraih anugerah sama pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019.

"Sangka saya, 2019 adalah kali terakhir bagi saya memenangi anugerah ini tetapi kini saya berada di sini lagi... sesuatu yang menakjubkan," kata Messi, bercakap kepada penonton di acara yang berlangsung di Theatre du Chatelet, Paris.

Messi turut memuji Lewandowski dalam ucapannya.

"Saya ingin berkata kepada Robert saya berasa amat terhormat bersaing dengan beliau bagi anugerah ini. Beliau juga layak memenanginya."

Lewandowski menjaringkan 53 gol bagi Bayern dalam semua pertandingan pada 2021 dan diberikan Anugerah Penyerang Terbaik - sebuah anugerah baru - sempena acara itu. - Agensi berita.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map