Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Messi dan Barcelona bercerai akhirnya

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



BARCELONA: Apakah Lionel Messi akan benar-benar meninggalkan Barcelona? Ke manakah beliau akan pergi selepas ini?



Itulah persoalan yang timbul daripada peminat dan pengamat bola sepak.



"Messi tidak akan kekal di sini."



Kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh Barcelona awal pagi semalam, amat jelas dan ia turut mengejutkan dunia bola sepak.



Pemain antarabangsa Argentina berusia 34 tahun itu sebelum ini dilaporkan akan menandatangani kontrak baru bagi melanjutkan khidmatnya di Nou Camp.



Namun selepas hampir 21 tahun, Messi akhirnya akan meninggalkan kelab yang menjadikannya antara bintang bola sepak terkemuka dunia.



Messi dan kelab gergasi Sepanyol itu gagal mengatasi rintangan struktur dan ekonomi untuk menandatangani perjanjian baru.



"Walaupun perjanjian sudah dicapai antara FC Barcelona dan Leo Messi, ia tidak boleh dijadikan kenyataan kerana halangan ekonomi dan struktur," kata satu kenyataan daripada kelab itu.



"Berdepan masalah ini, Lionel Messi tidak akan kekal di Barcelona. Kedua-dua pihak kesal bahawa harapan kedua-duanya, pemain dan kelab, tidak kesampaian.



"FC Barcelona dengan sepenuh hati mengucapkan terima kasih kepadanya atas sumbangan terhadap peningkatan kelab dan mengucapkan yang terbaik untuk masa depan dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya."



Pemenang enam mahkota pemain terbaik dunia Ballon d'Or, Messi bulan lalu akhirnya berjaya merangkul trofi antarabangsa pertama bewrsama Argentina selepas mereka menewaskan pesaingnya Brazil untuk menjuarai Copa America.



Bagaimanapun, terdapat keraguan mengenai masa depannya di Barcelona sejak beliau berusaha meninggalkan kelab itu Ogos lalu sebagai ejen bebas.



Messi, penjaring terbanyak sepanjang zaman Barcelona yang menjulang 35 trofi bersama kelab itu, akhirnya bersetuju beraksi semusim lagi selepas kelab itu mengancam akan membawa kesnya ke mahkamah.



Beliau, yang menandatangani kontrak pertamanya dengan Barcelona pada 2000 ketika baru berusia 13 tahun, tidak terikat dengan mana-mana pasukan sejak 30 Jun lalu, apabila kontraknya tamat selepas beraksi 788 kali untuk kelab itu.



Musim lalu sangat mengecewakan baginya dan Barcelona selepas mereka hanya berjaya memenangi Piala Sepanyol.



Mereka juga tersingkir di kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, selepas kali terakhir menjadi juara pertandingan itu pada 2015. - Agensi berita, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >