Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Messi ikat kontrak 2 tahun bersama PSG

Aug 12, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Bintang bola sepak Argentina Lionel Messi yang meninggalkan Barcelona minggu lalu selepas 21 tahun bersama kelab itu, telah mengikat kontrak dua tahun dengan Paris Saint-Germain, kata kelab Ligue Satu Perancis itu.



Kontrak itu juga memberi Messi pilihan melanjutkan kontrak lagi setahun.



Messi, 34 tahun, akan menyarung jersi nombor 30, nombor yang digunakannya semasa memulakan kerjaya profesional di Barcelona.



"Saya ghairah untuk memulakan lembaran baru dalam kerjaya saya di Paris Saint-Germain, kata Messi, di sidang media semalam.



"Segala-galanya mengenai kelab ini sepadan dengan impian saya dalam bola sepak."



Messi, yang diberikan sambutan penuh meriah oleh penyokong PSG setibanya di ibu kota Perancis semalam berkata beliau ingin membantu kelab itu memenangi lebih banyak kejuaraan, menerusi kenyataan di laman web PSG yang diterbitkan lebih awal.



"Saya tahu betapa berbakatnya skuad dan kakitangan jurulatih di sini.



"Tekad saya adalah untuk membina sesuatu yang istimewa di kelab ini, untuk penyokongnya dan saya tidak sabar untuk melangkah ke padang di Parc de Princes."



Messi, yang menjadi ejen bebas tanpa kontrak selepas mengundur diri dari Barcelona yang dibelenggu hutang, tiba di Paris lewat kelmarin, dengan pesawat yang dinaikinya mendarat di lapangan terbang Le Bourget.



Beliau disambut oleh ratusan peminat PSG, yang sebahagiannya juga telah berhimpun di luar stadium Parc de Princes dan di luar sebuah hotel mewah di Paris, di mana Messi, isterinya Antonella dan tiga anak mereka dijangka menginap.



Messi melambai kepada kumpulan peminat yang menyambutnya, sebelum menaiki kenderaan yang membawanya untuk menjalani pemeriksaan perubatan.



Ayah Messi, yang juga ejen Messi, sebelum itu telah mengesahkan anaknya akan menyertai PSG, selepas beliau dilihat tiba di lapangan terbang El Prat di Barcelona untuk menaiki penerbangan ke Perancis.



Ditanya wartawan sama ada anaknya akan mengikat kontrak dengan PSG, beliau menjawab sepatah: "Iya".



Kenyataan PSG itu menamatkan saga beberapa hari yang mengelilingi Messi sejak beliau mengumumkan untuk meninggalkan Barcelona Khamis lalu, mengakhiri kerjaya profesional 17 tahun di sana.



Minat PSG untuk mendapatkan tanda tangan Messi telah menjadi rahsia terbuka buat sekian lama, meskipun sebahagian laporan media di Sepanyol pada awal minggu ini berkata Barcelona masih cuba untuk menyimpan Messi dengan membuat tawaran terakhir.



Namun, Messi, yang telah enam kali memenangi anugerah pemain terbaik dunia Ballon d'Or akan menyertai barisan depan PSG yang turut dibintangi Neymar dan Kylian Mbappe.



PSG, yang dimiliki dan dibiayai jutawan dari Qatar menganggap Messi sebagai pemain azimat yang boleh membantu mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah - trofi yang sekian lama diidamkan, tetapi masih di luar jangkauan selama ini.



Neymar, yang menjadi rakan sepasukan Messi di Barcelona sebelum berpindah ke PSG pada 2017, menulis di Twitter: "Bersama kembali".



Barcelona kini harus mengatasi cabaran menggantikan pemain yang dianggap antara yang terbaik dalam sejarah sukan ini, sementara mengatasi masalah kewangan di luar padang.



Meskipun ia telah menawarkan kontrak baru kepada Messi dan Messi menerima kontrak dengan potongan gaji 50 peratus itu, kontrak tersebut masih dianggap melanggar peraturan La Liga.



Barcelona, yang menanggung hutang 1.2 bilion euro, ($1.9 bilion), tidak dibenarkan memberikan sebarang kontrak baru kepada pemain selagi masih belum menunjukkan bukti mampu melunaskan hutang itu.



Messi menyertai PSG dengan rekod 672 gol dalam 778 perlawanan dengan Barcelona, satu rekod bagi pemain di satu kelab.



Beliau memenangi 35 trofi utama di Nou Camp, termasuk empat kejuaraan Liga Juara-Juara dan 10 trofi La Liga.



Bekas rakan sepasukan di Barcelona, Andreas Iniesta, yang kini beraksi di Jepun berkata adalah sukar bagi beliau melihat Messi menyarung jersi kelab lain.



"Beliau bukan sekadar pemain biasa. Bakatnya melebihi sukan ini," kata Iniesta. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >