Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Messi mungkin pukau penonton di Stadium Negara

Feb 02, 2017 | 12:28 PM



LIONEL Messi, bintang Barcelona yang secara meluas dianggap sebagai pemain bola sepak paling hebat dalam generasinya, mungkin mempersembah keahliannya di Stadium Negara tidak lama lagi.



Difahamkan bahawa agensi pemasaran sukan Lagardere Sports sedang berunding untuk membawa pasukan kebangsaan Argentina, dengan Messi sebagai kapten, ke Singapura bagi perlawanan persahabatan, lapor akhbar The Straits Times.



Perlawanan persembahan itu dijangka diadakan antara 5 dan 13 Jun, tempoh yang ditetapkan oleh badan bola sepak dunia Fifa bagi perlawanan rasmi atau persahabatan.



Lagardere Sports, yang sebelum ini dikenali sebagai World Sport Group dan beribu pejabat di Singapura, rakan komersial Hab Sukan Singapura dan bertanggungjawab mengisi kalendar acara SSH.



Pasukan nasional Argentina menduduki tempat pertama dalam ranking dunia Fifa dan merupakan juara dua kali Piala Dunia.



Walau apa pun hasil rundingan antara Lagardere dan Argentina, Messi dan rakan pasukan antarabangsanya tetap dijangka berada di rantau ini tahun ini.



Harian Australia The Sydney Morning Herald melaporkan pada Disember lalu bahawa Argentina akan menentang Brazil dalam perlawanan persahabatan di Parang Kriket Melbourne pada Jun.



Selain Messi, 29 tahun, skuad Argentika mempunyai ramai pemain bertaraf dunia, seperti penyerang Manchester City, Sergio Aguero; penyerang Juventus, Gonzalo Higuain; dan pemain sayap Paris Saint-Germain, Angel di Maria.



Stadium Negara juga akan menjadi tuan rumah Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), satu pertandingan persahabatan tahunan yang menonjolkan kelab besar Eropah.



ICC telah diadakan di Australia, China, Amerika Syarikat dan di seluruh Eropah.



Real Madrid, Barcelona dan Manchester United antara pasukan terlibat dalam ICC tahun lalu.



Sekurang-kurangnya tiga perlawanan akan berlangsung di Stadium Negara, yang boleh menampung 55,000 penonton, pada Julai dan pengumuman dijangka dibuat pada Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >