Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Messi pecah rekod jaringan gol terbanyak

Dec 24, 2020 | 5:30 AM
PECAH REKOD: Gol ke-644 Messi untuk Barcelona muncul pada minit ke-65 dalam kemenangan mereka ke atas Real Valladolid. - Foto REUTERS
PECAH REKOD: Gol ke-644 Messi untuk Barcelona muncul pada minit ke-65 dalam kemenangan mereka ke atas Real Valladolid. - Foto REUTERS -

SEPANYOL: Lionel Messi menjaringkan gol ke-644 beliau untuk Barcelona semasa kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Real Valladolid untuk memecah rekod jaringan gol terbanyak buat satu kelab yang dicatat Pele.

Penyerang Argentina, Messi, 33 tahun, meledakkan gol ketiga Barca ketika menerima hantaran 'backheel' Pedri dan membolosi gawang penjaga gol Jordi Masip.

Messi mencipta gol pertama apabila hantarannya ditanduk Clement Lenglet dan memulakan pergerakan untuk gol kedua, yang disempurnakan Martin Braitwaite.

Percubaan Messi pada waktu tambahan juga terkena palang gawang.

Legenda Brazil Pele menjaringkan 643 gol dalam 19 musim untuk Santos di negara asalnya antara 1965 dengan 1974.

Messi, yang menjaringkan gol sulungnya untuk Barca pada 2005 dan kemudian memenangi 10 kejuaraan La Liga dan empat takhta Liga Juara-Juara, akan tamat kontrak pada hujung musim dan boleh berunding dengan kelab lain mulai Januari.

Ogos lalu, Messi berkata beliau ingin menggunakan klausa dalam perjanjiannya yang menurutnya membenarkan beliau meninggalkan kelab dengan pemindahan percuma, tetapi Barcelona menolak, dengan mengatakan klausa pelepasan 700 juta euro ($1.14 bilion) harus dipenuhi.

Awal minggu ini, Messi berkata kejadian itu menyebabkan beliau memiliki "waktu yang sangat teruk sepanjang musim panas", walaupun beliau berada dalam prestasi hebat menentang Valladolid semalam, mendorong kemenangan yang membawa Barca kembali ke tangga kelima, lapan mata di belakang pendahulu Atletico Madrid.

Lebih awal semalam, Atletico menewaskan penghuni tempat ketiga Real Sociedad 2-0 hasil gol Mario Hermoso dan Marcos Llorente untuk berada tiga mata di depan Real Madrid, yang bertemu Granada di padang sendiri pagi ini. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg