Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Messi selamatkan Barcelona menerusi penalti

Feb 20, 2017 | 09:29 AM



MADRID - Barcelona memerlukan tendangan penalti saat akhir Lionel Messi untuk menewaskan pasukan kurang ternama Leganes 2-1 - memaparkan satu lagi persembahan hambar juara Sepanyol pada Ahad (19 Feb).



Barca dibelasah 4-0 oleh Paris Saint-Germain Selasa lepas menjadikan harapannya menjuarai Liga Juara-Juara terancam dan terpaksa bergantung kepada Messi untuk mengaup tiga mata.



Pemain Argentina itu membuka jaringan selepas hanya empat minit, tetapi Leganes menikmati peluang lebih baik dan menyamakan kedudukan 19 minit sebelum tamat permainan melalui Unai Lopez.



Bagaimanapun, Messi memastikan Barca naik semula ke tangga kedua dalam La Liga dan berada satu mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid, yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.



Leganes kekal hanya dua mata di atas zon penyingkiran.



Sementara itu, Villarreal menghidupkan peluang bola sepak Liga Juara-Juara musim depan hasil jaringan Samu Castillejo pada minit ke-93 bagi memastikan kemenangan penting 1-0 ke atas di Real Sociedad. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >