Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA ASIA 2019

Mesti menang

Singa tak mampu kalah kepada Turkmenistan jika mahu hidupkan peluang ke UAE
Sep 05, 2017 | 05:30 AM



SEBAGAIMANA pengakuannya, ia "perlawanan paling penting" bagi pasukan pimpinannya.



Ia satu pertarungan di mana pasukan bola sepak Singapura pimpinan jurulatih V. Sundramoorthy tidak mampu kalah sekiranya mahu terus menghidupkan peluang melayakkan diri ke Piala Asia 2019 anjuran Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) di Amiriah Arab Bersatu (UAE) nanti.



Inilah realiti yang dihadapi skuad Singa menjelang pertemuan penting Kumpulan E kelayakan Piala Asia ini menentang Turkmenistan di Stadium Jalan Besar malam ini.



Menyusuli kekalahan mengejut 1-2 kepada Taiwan pada Jun lalu, pasukan pimpinan Sundram tidak mampu mengalami satu lagi kekalahan jika mahu merebut dua tangga teratas kumpulannya untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2019.



"Saya percaya ia perlawanan paling penting kami," akur Sundram semasa bercakap di sidang media menjelang perlawanan yang berlangsung di M Hotel semalam.



"Terutama bermain di padang sendiri, kami benar-benar perlu memperolehi keputusan positif bagi menghidupkan semula peluang kami.



"Kami perlu mengorak langkah ke hadapan dan berusaha melancarkan serangan untuk mendapatkan gol," tambah jurulatih berusia 51 tahun itu, sambil menarik perhatian bahawa beliau menjangka satu pertarungan sukar dan penuh fizikal malam ini.



Memulakan kempen kelayakan ini dengan penuh bersemangat apabila menyekat Bahrain 0-0 di padang lawan pada Mac lalu, kekalahan kepada Taiwan menyaksikan Singa kini di tangga corot kumpulannya menjelang pertemuan dengan Turkmenistan.



Di atas kertas, Singa - yang sekarang di tangga ke-171 dalam ranking Fifa - memikul satu lagi tugas berat menentang sebuah pasukan dari Tenggara Asia yang menduduki tangga ke-141.



Dalam dua perlawanan awalnya, Turkmenistan, pimpinan jurulatih Yazguly Hojageldiyev, membuka kempen kelayakan ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Taiwan, sebelum tewas 1-2 kepada Bahrain.



Namun, prestasi memberangsang Singa semasa menentang Hongkong dalam satu perlawanan persahabatan pada Khamis lalu - dengan formasi permainan baru 3-4-3 - memperkuat keyakinan Sundram melihat pasukannya mendapatkan keputusan yang diharapkan.



Pertemuan dengan Hongkong berkesudahan 1-1 tetapi Singa menguasai permainan dan seharusnya memenangi pertarungan itu.



"Kami perlu melihat kelebihan pemain sendiri... apakah kami boleh beraksi dengan sistem ini.



"Melihat pemain-pemain kami... kami mempunyai pemain pertahanan tengah yang tinggi seperti Irfan (Fandi) dan Madhu (Mohana)... di sayap kami boleh gunakan Nazrul (Nazari) dan Faris (Ramli) sebagai wing-backs... kami juga mempunyai tenaga midfield yang dapat mengawal permainan dan membantu pemain-pemain penyerang seperti Khairul (Amri) dan Safuwan (Baharudin).



"Jadi saya fikir pasukan kami lebih seimbang dengan formasi ini," ujar Sundram.



Bersetuju dengan jurulatihnya, naib kapten Singa, Hariss Harun, berkata:



"Kami menunjukkan prestasi baik dalam perlawanan persahabatan itu tetapi masih ada banyak lagi ruang yang boleh dipertingkat.



"Apa jua sistem permainan kami dan siapa jua pemain yang beraksi di padang... matlamat utama ialah mencatatkan kemenangan."



Kali pertama dan terakhir Singapura beraksi di pentas Piala Asia ialah pada 1984 apabila ia layak secara automatik sebagai tuan rumah.



  • Tiket perlawanan berharga antara $4 (konsesi) dan $16 (termasuk yuran tempahan) boleh dibeli di laman Global Tickets atau mesin AXS di serata pulau.


Dapatkan keputusan perlawanan Singa denganTurkmenistan selepas perlawanan malam ini di BeritaHarian.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >