Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Mexico gondol trofi kejuaraan Piala Emas buat kali ketujuh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Mexico gondol trofi kejuaraan Piala Emas buat kali ketujuh

Jul 27, 2015 | 06:38 PM

PHILADELPHIA: Mexico mengetepikan dua kemenangan lalu yang penuh kontroversi untuk menjulang mahkota Piala Emas dengan menewaskan Jamaica 3-1 dalam final semalam.

Ia juga adalah kali ketujuh Mexico menjuarai kejohanan bagi negara-negara benua Amerika Timur dan Caribbean itu.

Gol-gol jaringan kapten Andres Guardado pada minit ke-47, Jesus Corona (m-47) dan Oribe Peralta (m-61) yang memanfaatkan kesilapan-kesilapan defensif Michael Hector menghancurkan laluan impian Jamaica untuk muncul juara pertandingan itu.

"Kami gembira sekali... menguasai pertarungan dan mendapat rentak (permainan) yang dikehendaki," ujar pengurus Mexico, Miguel Herrera.

Jamaica - yang muncul sebagai pasukan pertama daripada rantau Caribbean melayakkan diri ke final Piala Emas ini termasuk kemenangan mengejut ke atas pasukan pilihan, Amerika Syarikat, di peringkat separuh akhir - mendapatkan gol sagu hatinya melalui Darren Mattocks pada minit ke-79.

"Bagi saya, ini bukan (pingat) perak. Bagi saya, ia adalah (pingat) emas). Tiada orang yang memberikankan kali peluang (mara jauh) tetapi kami beraksi cemerlang untuk sampai ke final.

"Saya bangga membimbing pasukan ini," ujar pula pengurus Jamaica, Winfried Schaefer.

Sebelum ini, kontroversi melanda dua kemenangan Mexico yang diberikan penalti yang 'mencurigakan' - semasa kemenangan ke atas Costa Rica di suku akhir dan ke atas Panama di separuh akhir - dengan kededua pegawai Costa Rica dan Panama mengadu kepada badan penguasa bola sepak di benua itu, Concacaf, supaya melancarkan siasatan ke atas pengadil pertarungan. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3