BOLA JARING

Milicich yakin dapat pertingkat prestasi, jenama SG

Baru-baru ini, skuad bola jaring Singapura telah menyambut kedatangan ketua jurulatih baru mereka, Natalie Milicich, dari New Zealand, yang akan mengambil alih tugas bekas jurulatih Ruth Aitken yang mengundur diri tahun lepas atas sebab peribadi. SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) baru-baru ini menemui Milicich yang berkongsi rancangan beliau buat pasukan itu.

SETELAH mengamati kesungguhan yang dipaparkan atlit bola jaring nasional dalam satu sesi latihan baru-baru ini di OCBC Arena, Natalie Milicich, yang baru dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu, yakin terhadap matlamat yang disasarkannya: meningkatkan prestasi serta jenama Singapura dalam arena bola jaring dunia.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan