MEREKA berangkat ke Phuket, Thailand hari ini berbekal sejuta harapan.
Apabila pulang ke Singapura minggu depan, mereka berharap berkalung pingat pula.
Rombongan silat nasional seramai 27 anggota - merangkumi 23 pesilat dan empat pegawai - dijadual tiba di Phuket petang ini demi mewakili negara di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-16 yang berlangsung dari hari ini hingga 17 Januari.
Antara pesilat yang diharapkan menggondol pingat termasuk juara dunia 2012 Shakir Juanda dan juara Sukan Asia Tenggara (SEA) 2013 Nur Alfian Juma’en.
Menurut pengurus pasukan Sheik Alau’ddin Yaacob Marican, masanya telah tiba bagi anak didiknya membukti keupayaan di pentas dunia.
“Kejohanan ini akan membezakan pesilat yang baik dengan pesilat yang unggul...ini adalah ujian penting bagi pesilat kami,” kata Sheik Alau’ddin.
Laporan penuh di Berita Harian esok.