Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND

Misi Guardiola kekalkan mahkota bermula

Aug 12, 2018 | 05:30 AM



MUSIM lalu Pep Guardiola berdepan tekanan bagi menjuarai liga selepas berbelanja hampir £450 juta ($789 juta).



Kali ini pula, cabarannya berlainan, iaitu bagi mempertahankan kejuaraan liga yang baru dimenangi.



Masakan tidak, Manchester City menjuarai liga dengan jumlah mata yang sangat besar, iaitu 19 berbanding pasukan di tangga kedua, Manchester United.



Sebagai juara bertahan, sudah pasti ia mengundang pihak lawan menjadi lebih bermotivasi mengatasi mereka, lebih-lebih lagi bagi lawan mereka minggu ini; Arsenal yang mempunyai pengurusan baru dan bermain di tempat sendiri.



Lihat sahaja Arsenal, yang kini berwajah baru dengan mendapatkan pengurus muda yang mempunyai falsafah bola sepak yang lebih moden seperti Pep Guardiola, iaitu Unai Emery.



Namun, walau dijangka berdepan dengan cabaran hebat dari pesaing utamanya musim baru ini City tetap pilihan utama mengulangi kejayaan tahun lalu.



Dengan kesemua pemain City masih kekal bersama kecuali Oleksander Zinchenko - yang baru berpindah kepada Wolves - ditambah pula dengan penglibatan semula pemain bek kiri, Benjamin Mendy, yang kini cergas semula, di samping Riyad Mahrez yang baru dibeli daripada Leicester City.



Dijangkakan City semakin mantap kini, apatah lagi dengan keserasian pemainnya semakin bertambah daripada musim lalu. Tidak syak lagi, City merupakan pilihan utama bagi mengekalkan kejuaraan liga buat kali kedua berturut-turut.



STRATEGI, FORMASI, KESEBELASAN UTAMA



Tidak seperti semasa perlawanan Perisai Sumbangsih Ahad lalu, sudah pasti City akan menurunkan barisan terkuatnya pada perlawanan ini.



Kelibat Ederson Moraes, Vincent Kompany, Kevin De Bruyne, David Silva dan juga Raheem Sterling sudah pasti akan disertakan semula dalam kesebelasan utama.



Namun, ia hampir tiada beza sebenarnya dengan hakikat skuad City amat padat dengan pemain hebat, dengan jurang mutu antara kesebalasan utama dengan pemain yang direhatkan di bangku simpanan sangat kecil.



Seperti biasa, City bakal bermain dengan formasi 4-3-3, dengan Vincent Kompany berkemungkinan besar bakal disertakan semula dalam kesebelasan utama selepas direhatkan minggu lalu.



Sementara bagi barisan tengah, dijangkakan Phil Foden dan Bernardo Silva bakal direhatkan dan digantikan dengan David Silva serta Kevin De Bruyne di samping Fernandiho, sementara Aguero bakal memimpin barisan serangan di samping Leroy Sane, Riyad Mahrez atau Raheem Sterling.



PEMAIN YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN



Sergio 'Kun' Aguero



Dengan dua jaringan gol semasa kemenangan ke atas Chelsea dalam perlawanan Piala Sumbangsih Ahad lalu, jelas Aguero masih berbisa dan dalam 'form' terbaik bagi sekali lagi mengemudi jentera serangan City pada musim ini.



Dengan Guardiola lebih gemar dengan formasi 4-3-3, Aguero perlu mengekalkan prestasi terbaik dan perlu bebas daripada kecederaan kerana pesaingnya, Gabriel Jesus, sentiasa bersedia mengambil tempat, seperti yang berlaku musim lepas sebelum Jesus mengalami kecederaan teruk dan terpaksa berehat beberapa bulan.



Namun, jika Aguero menjadi pilihan Guardiola, beliau tidak akan mengecewakan pengurusnya dan bakal mengulangi prestasi cemerlangnya dalam Piala Sumbangsih yang lepas.



Bagi memastikan City mengecap kemenangan di Emirates, Aguero perlu berada dalam form terbaiknya bagi memimpin kemenangan City dalam perlawanan pembukaan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >