Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG FINAL: TUMPUAN KEPADA CROATIA

'Modric wajar menang anugerah Ballon d'Or'

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



MOSCOW: Tunggak pertahanan Croatia, Dejan Lovren, berkata kelmarin bahawa kapten dan bintang midfield inspirasi pasukannya, Luka Modric, wajar memenangi anugerah Ballon d'Or sekira pasukan itu menjulang mahkota Piala Dunia esok.



Croatia melayakkan diri ke final Piala Dunia buat julung-julung kalinya dalam sejarah negara itu selepas menewaskan England 2-1 di separuh akhir akhir Khamis lalu.



Sekalipun bintang Real Madrid itu gagal menyumbangkan gol dalam kemenangan pasukannya, peranannya sebagai playmaker pasukan bagi menggerakkan serangan-serangan Croatia serta mematahkan gerakan lawan tidak harus diperkecil.



Lovren, yang membuat 43 penampilan bagi Liverpool musim lalu, menyifatkan Modric sebagai "pemain midfield terbaik di dunia hari ini" dan sewajarnya diberi anugerah trofi pemain terbaik dunia yang sejak sedekad lalu dikuasai dua superstar - Lionel Messi dari Argentina dan Cristiano Ronaldo dari Portugal.



Kededua Messi dan Ronaldo sudah pun mengucapkan selamat tinggal pada temasya Russia ini selepas pasukan masingmasing tersingkir di pusingan 16 pasukan terakhir.



Sebaliknya Modric, yang turut menjaringkan gol cantik semasa pasukannya menewaskan Argentina 3-0 di peringkat kumpulan, kekal memainkan peranan penting sebagai 'konduktor' orkestra pasukannya yang terpaksa melalui masa tambahan dalam ketiga-tiga perlawanan kalah mati sebelum berjaya menjejakkan kaki ke final di Stadium Luzhniki, Moscow, malam esok.



Dengan hanya empat juta penduduk, Croatia menjadi pasukan paling kecil yang mara ke final Piala Dunia ini. Modric dan rakan-rakannya juga berpeluang memperbaiki pencapaian 'generasi emas' pertama negara itu yang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1998.



Di peringkat kelab, sumbangan Modric juga bukan calang-calang - sekalipun beraksi bersama Ronaldo di Real musim lalu.



Modric merupakan tunggak midfield Real yang menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut pada Mei lalu.



Jika Modric menjulang mahkota Piala Dunia esok, beliau akan menyertai senarai elit hanya lapan pemain yang berjaya mencatatkan kejuaraan berganda bersama pasukan negara dan kelab masing-masing.



Pada 1974, Sepp Maier, Paul Breitner, Hans-Georg Schwarzenbeck, Franz Beckenbauer, Gerd Muller dan Uli Hoeness mencatatkannya bersama Jerman Barat dan Bayern Munich. Pada 1998, Christian Karembeu bergelar juara berganda bersama Real Madrid dan Perancis manakala pada 2002 Roberto Carlos melakukannya bersama Brazil dan Real Madrid.



Meski bertubuh kecil, usah terpedaya dengan semangat besar yang dimilikinya di padang.



"Saya fikir banyak perkara yang berlaku ke atas diri saya semasa kecil dan membesar di Croatia yang membuat saya beranggapan bahawa saya tidak harus mengambil mudah kehidupan ini," ujar Modric semasa diwawancara El Pais sebelum ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >