PEMINDAHAN PEMAIN

Morata laungkan Chelsea 'kelab terbaik'

LONDON: Bintang terbaru Chelsea yang bernilai 80 juta euro ($126.1 juta), Alvaro Morata, melaungkan kelabnya itu yang juga juara England sebagai "kelab terbaik" dan pengurus Antonio Conte sebagai "antara jurulatih terbaik dunia" setibanya di London bagi melengkapkan pemindahannya di sini kelmarin.

Berusia 24 tahun, Morata dijangka menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab di Stamford Bridge yang mencapai persetujuan bayaran pemindahan 80 juta euro dengan Real Madrid.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan