ICC @ STADIUM NEGARA

Morata mungkin turun lawan Inter

KEPUTUSAN perlawanan menentang Inter Milan malam ini akan menentukan tahap persediaan Chelsea menjelang kempen baru Liga Perdana England (EPL), yang membuka tirainya bulan depan.

Selepas kekalahan 3-2 kepada Bayern Munich Selasa lalu dalam perlawanan pembukaan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Singapura, pengurus juara EPL itu, Antonio Conte, tidak akan teragak-agak untuk meletakkan barisan pemain utamanya apabila berdepan kelab Nerazzurri di Stadium Negara nanti.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan