Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mourinho akan ke Manchester United, ujar pengarah Inter Milan

Feb 22, 2016 | 08:13 AM



LONDON: Jose Mourinho telah mencapai persetujuan dengan Manchester United untuk menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus, menurut pengarah Inter Milan, Bedy Moratti.


Van Gaal, yang menghadapi kritikan diperbaharui daripada bekas pemain pertahanan United, Rio Ferdinand, pada Sabtu (20 Feb), dilanda spekulasi berterusan mengenai kehilangan pekerjaannya kepada Mourinho.


Kekalahan memalukan dalam Liga Europa Khamis lalu di Midtjylland melemahkan lagi kedudukannya dengan laporan pemberontakan baru muncul dalam kalangan pemain senior.


Moratti, adik perempuan bekas presiden Inter, Massimo, dirapati media Italy pada Sabtu dalam satu majlis jamuan tengah hari yang dihadiri Mourinho, yang membimbing Inter menjuarai tiga kejuaraan pada 2010.


Ditanya apakah kelab itu merindui Mourinho, Moratti berkata: "Dia dirindui sebagai individu, tetapi sekarang dia gembira, dia akan ke Manchester."


Mourinho menghadiri perlawatan Inter menentang Sampdoria sebagai tetamu keluarga Moratti. Tidak ada bayangan, bagaimanapun, bahawa beliau mungkin kembali ke Inter.


Sementara itu, Ferdinand menambah suara bekas pemain United yang menolak van VGaal apabila beliau pos di Twitter: "Sudah beri LVG banyak masa. Pasukan itu merosot sejak ketibaannya. Gaya bola sepaknya tidak sama dengan @manutd langsung."


Bagaimanapun, David Moyes, yang dipecat 10 bulan selepas menggantikan Ferguson di United, berkata pasukan itu tidak sepatutnya menyingkir van Gaal. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >