Mourinho berasa kurang dihargai

LONDON: Walau pasukannya menang selesa, pengurus Manchester United Jose Mourinho berasa kurang dihargai.

Beliau berasa permainan bercorak serangan pasukannya akan lebih dihargai jika ia dipimpin oleh pengurus lain.

United bermain cemerlang menumpaskan Watford 2-0 pada Sabtu hasil jaringan Juan Mata dan Anthony Martial.

"Ia (persembahan) yang sangat baik," katanya. "Ia adalah jenis permainan bola sepak yang disifatkan sebagai 'satu seni' jika ia merupakan pasukan lain. Tetapi kerana ia adalah pasukan saya, anda hanya akan mengatakan bahawa ia 'sangat baik'. Tetapi tidak mengapa," kata Mourinho.

Gol minit ke-32 Mata membantu United memecahkan benteng pertahanan Watford.

Martial kemudian menjadikan kedudukan 2-0.

United kini mencatat 16 perlawanan liga tanpa kalah. Walau kekal ditangga keenam, ia hanya satu mata di bawah Liverpool dan Manchester City.

Mourinho berkata: "Apabila saya mendapat kerja ini, mereka kata anda perlu untuk bermain bola sepak dengan cara yang tertentu di United dan saya setuju."

"Anda tidak boleh bermain seperti beberapa pasukan berjaya dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi mereka bermain dengan gaya yang amat berbeza.

"Kami perlu bermain dengan corak menyerang dan kemudian perlu merendah dan menganalisis perlawanan," kata bekas jurulatih Porto, Inter Milan dan Real Madrid itu.

Martial sebelum ini berada dalam buku buruk Mourinho, dengan pengurus United itu membidas ejen pemain berkenaan secara terbuka kerana membincangkan minat kliennya bermain dengan kelab lain.

Penyerang Perancis berusia 21 tahun itu tidak diturnkan dalam tiga perlawanan lalu. Persembahannya baiknya ketika menentang Watford menggembirakan Mourinho.

"Martial berhak diberi peluang.

"Beliau telah bekerja lebih keras dalam dua minggu terakhir dan saya suka," kata Mourinho.