LIGA JUARA-JUARA EROPAH
Mourinho: Chelsea bernasib baik
Menang tipis selepas berjaya ikat Paris St-Germain 1-1 walaupun diasak bertubi-tubi dalam babak kedua
Feb 19, 2015 | 05:30 AM
PARIS: Chelsea pulang dari ibu kota Perancis berbekal kelebihan tipis selepas berjaya mengikat Paris St-Germain (PSG) 1-1, walaupun diasak bertubi-tubi dalam babak kedua.
Malah, pengurusnya, Jose Mourinho, akur pasukannya 'bernasib baik' mencapai keputusan itu dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah semalam.