Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Mourinho dakwa Spurs lebih wajar menang

Aubameyang akhiri kemarau 797 minit tanpa gol Gol lewat Firminho bawa Liverpool ke persada liga
Dec 18, 2020 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Jose Mourinho berkata Tottenham harus belajar bagaimana 'mematikan' perlawanan jika mereka berhasrat menjulang gelaran liga pertama sejak 60 tahun selepas gol lewat yang dijaringkan Roberto Firmino membantu Liverpool menang 2-1, awal pagi semalam.



Tandukan pemain Brazil itu mengakhiri 11 kemenangan tanpa kalah dalam liga bagi pasukan Mourinho dan kini juara bertahan itu menduduki tangga teratas Liga Perdana England (EPL) dengan kelebihan tiga mata.



Liverpool menguasai 76 peratus perlawanan dan membuat 11 percubaan yang tepat pada sasaran berbanding Tottenham yang hanya mampu membuat dua percubaan.



Namun Mourinho masih percaya Spurs layak menang sekiranya mereka bijak memanfaatkan peluang pada awal separuh masa kedua.



Namun peluang yang dipersia-siakan penyerang Tottenham, Steven Bergwijn dan Harry Kane pada separuh masa kedua ketika kedudukan terikat 1-1 nyata memberi kesan.



Skuad kendalian Jurgen Klopp mendahului perlawanan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-26 sebelum Son Heung-min menyamakan kedudukan buat Tottenham sebelum tamat separuh masa pertama.



"Kami hampir menang bukan hampir untuk seri," kata Mourinho yang bertikam lidah dengan Klopp selepas tamat perlawanan.



"Seri akan jadikan keputusan yang buruk berdasarkan persembahan jadi anda boleh bayangkan apa yang kami rasa dengan kekalahan ini.



"Sudah tentu mereka lebih banyak mengawal bola tetapi apabila kami mendapat bola kami tahu bagaimana untuk membuat mereka lebih sukar.



"Kami perlu jaringan gol, kedua, ketiga…kami perlu menjaringkan gol untuk mematikan harapan mereka."



Sementara itu, Liverpool telah melepasi 66 perlawanan tanpa kalah di Anfield sekali gus membuktikan mengapa mereka tetap menjadi pasukan pilihan dalam persaingan juara liga.



Mereka turut dipuji setelah berjaya mempamerkan corak permainan secara konsisten selain berjaya memenangi perlawanan penting.



Dalam perlawanan lain, pengurus Arsenal Mikel Arteta, berharap keputusan seri ketika bertemu Southampton akan menjadi detik permulaan untuk pemilihan pasukannya selepas menamatkan tiga kekalahan sebelum ini dalam saingan liga biarpun terpaksa bermain dengan 10 orang.



Bekas pemain Arsenal Theo Walcott membuka jaringan buat pasukan Southampton selepas berjaya melepasi kawalan Bernd Leno.



Namun Pierre-Emerick Aubameyang mengatur serangan bijak selepas rehat untuk mengakhiri 797 minit dalam saingan EPL tanpa sebarang gol.



Namun disiplin yang buruk dipamerkan oleh Gunners menghukum mereka sekali lagi apabila Gabriel diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua dalam tempoh empat minit.



Percubaan pemain gantian Nathan Redmond terkena palang gol menjadi penghalang Southampton menguasai carta liga.



Pasukan pelawat cuba memberi tekanan dengan percubaan Rob Holding turut menggegar palang gol.



"Kami mempamerkan daya tahan dan watak untuk bertahan dalam satu tempoh yang lama menentang pasukan yang sangat berbahaya.



"Kami kembali menggasak selepas mendapatkan gol dan membuktikan betapa kami mahukannya," kata Arteta.



Sejauh ini skuad Gunners mengalami kekalahan 0-3 di tangan Aston Villa sebelum seri 0-0 di Leeds. Mereka kemudian tewas 1-2 di tangan Wolves diikuti kekalahan 0-2 di tangan tetangga, Spurs.



Burnley menjadi pasukan terbaru menewaskan Arsenal 0-1 awal pagi Isnin lalu. - AFP, Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >