LONDON: Jose Mourinho telah mencapai persetujuan mengenai syarat-syarat peribadi dengan Manchester United untuk menjadi pengurus baru kelab di Old Trafford itu, ujar media di Britain lewat kelmarin.
Berusia 53 tahun, Mourinho akan menggantikan Louis van Gaal yang dipecat pada Isnin lalu - hanya dua hari selepas menjulang mahkota Piala FA England.