LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, berkata persaingan bagi kejuaraan Liga Perdana England (EPL) masih terbuka luas sekalipun selepas pasukannya melebarkan jurang mata di tangga ke atas dengan kemenangan ke atas Aston Villa kelmarin.
Rembatan kencang Branislav Ivanovic memberikan Chelsea kemenangan 2-1, sekali gus melebarkan jurang dengan pesaing terdekat, Manchester City, kepada tujuh mata selepas juara bertahan itu terkial-kial untuk berkongsi mata dengan Hull.