LIGA PERDANA ENGLAND
Mourinho: Keputusan pengadil ubah corak perlawanan
Manchester City belasah Newcastle 5-0 bagi rapat jurang dengan Chelsea, Manchester United tewas mengejut kepada Swansea City
Feb 23, 2015 | 05:30 AM
LONDON: Jose Mourinho menyalahkan pengadil Martin Atkinson yang membuat beberapa keputusan kontroversial, termasuk melayangkan kad merah kepada Nemanja Matic, selepas Chelsea diikat 1-1 oleh Burnley dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) semalam.
Dengan Chelsea mendahului 1-0, Matic dibuang padang pada minit ke-69, sekali gus mengubah corak permainan dan membenarkan Burnley menjaring gol penyamaan pada minit ke-81.