Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: CRYSTAL PALACE LWN SPURS, FULHAM LWN LIVERPOOL

Mourinho masih The Special One?

Spurs dan Liverpool (masing-masing 24 mata) bersaing di persada Liga
Dec 13, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Terikat di tangga teratas liga dengan 24 mata selepas 11 perlawanan, Tottenham Hotspurs dan juara bertahan Liverpool berharap dapat mengekalkan rentak kemenangan mereka apabila berkunjung ke padang pasukan lawan masing-masing.



Spurs, yang mendahului liga dengan perbezaan gol, bakal menentang pasukan yang menduduki tangga ke-11, Crystal Palace, dalam aksi Liga Perdana England (EPL) malam ini.



Liverpool pula akan bertemu Fulham, yang merupakan antara pasukan tercorot liga.



Pengurus Spurs, Jose Mourinho, ingin mengekalkan tanggapan bahawa pasukannya hanya adalah pasukan 'kerdil' di antara pasukan yang lebih hebat dalam persaingan merebut piala.



Namun, tidak dapat dinafikan pasukan dari utara London itu telah menunjukkan permulaan yang cemerlang pada kempen ini.



Mereka yang meremehkan keupayaan Mourinho sewaktu beliau dilantik sekitar setahun lalu, kini mengubah pandangan mereka.



Sejak beberapa perlawanan yang lalu, Spurs berjaya mengecap kemenangan penuh bergaya berturut-turut.



Mereka kini memperolehi tujuh mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka menentang Manchester City, Chelsea dan Arsenal.



Bagi seorang pengurus yang ideanya kelihatan begitu lapuk dan ketinggalan zaman tidak lama dahulu, beliau mungkin telah menemukan semula kehebatannya.



Kenangan paling manis bagi Mourinho sejauh ini, pastinya sewaktu membenam bekas kelabnya, Manchester United, 6-1 di Old Trafford.



Penyerang utama pasukan, Harry Kane, berjaya menjaringkan lapan gol dan mencipta 10 peluang gol setakat ini. Gandingannya dengan Son Heung-min di hadapan pintu gawang begitu berbahaya sehingga sukar untuk melihat kelemahan mereka.



Prestasi Spurs telah memberi harapan kepada penyokong pasukan itu bahawa mereka akhirnya dapat menamatkan kemarau piala. Mereka belum pernah menjuarai liga sejak 1961 dan kali terakhir merangkul piala adalah pada 2008 apabila menjadi juara Piala Liga.



Mereka berpeluang melebarkan jurang di takhta liga dengan kemenangan di Selhurst Park malam ini, namun mereka berhadapan ujian getir menentang Liverpool dan Leicester City sebelum sambutan Hari Natal.



Kane sebaliknya ingin mengambil sikap lebih optimistik dan menekankan bahawa mereka perlu mengekalkan fokus jika ingin terus berada di hadapan.



"Kami akan memberi tumpuan pada satu perlawanan dahulu," kata Kane.



"Kami berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam tempoh yang sukar dan keputusan seperti ini hanya akan membantu kami.



"Kami akan berkunjung ke Palace sebelum membuat perjalanan ke Liverpool (tiga hari kemudian), dan masih mempunyai perlawanan sukar lain yang perlu dihadapi selepas itu."



Sementara itu, Liverpool sekali lagi mempamerkan persembahan hebat meskipun berdepan dengan beberapa cabaran seperti masalah kecederaan.



Jurgen Klopp sebelum ini pernah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jadual padat pasukannya menyusuli perubahan jadual yang perlu dibuat angkara Covid-19.



Sejauh ini, Liverpool hanya tewas sekali apabila dibelasah Aston Villa 7-2, dan sejak itu mereka bangkit untuk mendapatkan empat kemenangan dan tiga keputusan seri.



Diogo Jota, yang baru dibeli sebelum musim bermula, memberi kesegaran baru pada jentera serangan Liverpool.



Walaupun tanpa khidmat beberapa pemain utama seperti Virgil van Djik untuk sebahagian besar musim ini akibat kecederaan, Liverpool masih mempunyai senarai pemain berbakat yang mampu mengekalkan rentak kemenangan mereka.



Antara mereka adalah Neco Williams, Curtis Jones dan Caoimhin Kelleher yang baru-baru telah mendakap peluang yang diberikan dengan cemerlang.



Jika keputusan minggu ini tidak dapat memisahkan kedua-dua pasukan dari segi mata yang diperolehi, perlawanan minggu depan antara Spurs dan Liverpool menjadi lebih getir kerana ia akan menjadi penentu pasukan mana akan berada di atas apabila tahun baru bermula nanti. - Agensi berita.



Sejak beberapa perlawanan yang lalu, Spurs berjaya mengecap kemenangan penuh bergaya berturut-turut.



Bagi seorang pengurus yang ideanya kelihatan begitu lapuk dan ketinggalan zaman tidak lama dahulu, Mourinho mungkin telah menemukan semula kehebatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >