Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG LIGA PERDANA ENGLAND

Mourinho sasar Man United 'miliki' mahkota liga

Jul 26, 2016 | 05:30 AM



LONDON: Jose Mourinho berkata beliau menyasarkan mahkota Liga Perdana bersama Manchester United musim ini.



Mourinho mewarisi pasukan United yang belum pernah memenangi mahkota liga sejak Sir Alex Ferguson bersara pada 2013. Musim lalu di bawah Louis van Gaal, United sekadar menduduki tempat kelima.



Bagaimanapun, selepas menguatkan skuad mereka dengan ketibaan Zlatan Ibrahimovic, Henrikh Mkhitaryan dan Eric Bailly - dan besar kemungkinan juga, Paul Pogba - Mourinho yakin United sudah sedia sekali bersaing untuk mahkota liga.



"Saya mahu menjadi juara," kata Mourinho kepada akhbar The Sun kelmarin.



"Untuk mengatakan sebelum musim bahawa sasaran kami ialah menduduki empat tempat teratas? Empat tempat teratas bukan sasarannya. Kami mahu bermain untuk menjadi juara.



"Jika dalam musim itu kami sedar bahawa perbezaan mata tidak membolehkan kami bersaing untuk mahkota, kami akan mengadakan gelaran baru, dan apabila anda tidak boleh menjadi juara, sasaran seterusnya ialah menduduki empat tangga teratas.



"Tetapi pada hari pertama, saya tidak mahu bersembunyi di belakang satu musim yang buruk atau tidak bermain dalam Liga Juara-Juara untuk mengatakan kami mahu menduduki empat tempat teratas."



Beliau berkata naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward, tidak menetapkan sebarang matlamat untuk pasukannya.



"Tiada kata dua," tambah Mourinho.



"Pesanan daripada pemilik dan Encik Woodward ialah ambil tiga tahun anda, lakukan tugas anda dan bawa kami balik ke tempat asal kami dalam tempoh tiga tahun.



"Pesanan saya ialah saya mahu memenangi gelaran ini dalam musim pertama."



Dengan menduduki tempat kelima musim lalu bererti United akan menyertai peringkat kumpulan Liga Eropah pada kempen pertama Mourinho.



Bekas bos Real Madrid dan Chelsea itu berkata bermain pada Khamis malam akan meninggalkan kesan pada kempen mereka dalam Liga Perdana dan berkata: "Anda perlu menggilir-gilirkan pemain.



"Ia sangat sukar untuk Liga Perdana. Kami bermain pada Khamis, anda banyak berjalan. Liga Perdana juga tidak memberi anda sebarang keistimewaan.



"Anda bermain pada Khamis dan saya tidak fikir mereka akan membenarkan kami bermain pada Isnin, mereka akan meminta kami bermain pada Ahad, besar kemungkinan pada 12 tengah hari.



"Ia lebih teruk bagi (kelab) dalam Liga Perdana. Adalah lebih baik menjadi pasukan yang bersaing dalam Liga Juara-Juara." - ESPN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >