Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Mourinho (The Special One) berterus terang...

'Saya tak perlu kritikan'
Mar 27, 2021 | 05:30 AM



KECEMERLANGAN Jose Mourinho dalam bidang pengurusan bola sepak sukar dinafikan.



Sepanjang kerjayanya, beliau telah mengurus kelab-kelab besar termasuk Chelsea, Manchester United, Inter Milan dan Real Madrid.



Namun, tiada siapa menafikan karyawan asal Portugal berusia 58 tahun ini bukan sahaja kerap menang bergaya tetapi adakalanya diselubungi kontroversi.



Dalam wawancara maya secara langsung dari London bersama media tempatan, yang turut dihadiri Berita Harian kelmarin, yang bertemakan "Game On with Mourinho", ia turut menyaksikan beliau menjawab soalan-soalan berkaitan kesejahteraan mental.



Menyentuh tentang kritikan yang dihadapi dalam menjalankan tugasnya dan bagaimana beliau menanganinya, Mourinho secara terus terang berkata, "saya tidak perlu kritikan untuk bertindak".



"Saya pengkritik terbesar bagi diri saya sendiri. Saya adalah seorang yang menganalisis diri saya setiap hari. Saya dah lali dengan orang yang fikir mereka lebih tahu tentang pekerjaan saya daripada diri saya sendiri."



Beliau yang kini merupakan pengurus kelab bola sepak Tottenham Hotspur (Spurs) telah memikul tugas penuh mencabar ini selama dua dekad, bermula dengan kelab bola sepak Porto di Portugal.



Keupayaannya memang tidak boleh dinafikan apatah lagi, beliau berjaya membantu kelab Portugis itu memenangi Primeira Liga sebanyak dua kali, a Taça de Portugal, Piala Uefa, dan Liga Juara-Juara Eropah - kejuaraan pertama Porto menjulang Piala Eropah sejak 1987.



Kejayaan itu membuka peluang untuknya mengharungi cabaran Liga Perdana England (EPL) bersama Chelsea pada 2004, di mana beliau menjuarai EPL sebanyak dua kali, Piala FA, dan dua Piala Liga sepanjang tiga musim bersama kelab tersebut sebelum meninggalkannya pada 2007 - yang ramai menganggap berpunca dari perselisihan dengan pemilik kelab tersebut, Roman Abramovich.



"Saya selalunya menolak tugas yang mudah. Saya selalu menolak liga di mana ia mudah untuk menang (liga tersebut)," katanya dalam acara yang diadakan secara maya, yang dibawakan oleh syarikat insurans hayat, AIA Singapore.



AIA merupakan penaja utama Spurs.



"Saya sering lari dari liga-liga sebegini, dan mahu berada dalam liga di mana cabarannya adalah besar," jelasnya.



Disebab itu, beliau seronok menghadapi cabaran dalam EPL, disebabkan kesukaran dan kepelbagaian kemungkinan yang wujud di dalamnya.



Spurs merupakan kelab ketiga beliau uruskan sepanjang berada di England, selepas bersama Chelsea (2004-2007, 2013-2015) dan Manchester United (2016-2018).



Meskipun lebih sedang dengan pilihan yang sukar, Mourinho kekal sebagai salah seorang pengurus paling berjaya di Eropah dalam dua dekad ini - memenangi EPL sebanyak tiga kali, di Italy (dua kali), Portugal (sekali) serta dua kali menggondol Liga Juara-Juara Eropah dan dua Piala Eropah/Piala Uefa, selain pelbagai piala lainnya dalam pelbagai liga rantau itu.



Ditanya tentang bagaimana beliau menangani tekanan dan jangkaan dari dalam dan luar kelab, terutamanya bagi kelab-kelab besar seperti United dan Madrid (2010-2013), Mourinho berkata, ia semua kembali kepada "kawalan emosi", yang beliau rasa amat berkeupayaan untuk mengawalnya.



"Ia sesuatu yang datang dari masa dan pengalaman. Perlu ada keseimbangan dalam setiap situasi itu sangat perlu. Untuk menunjukkan emosi adalah baik tetapi untuk mengawal emosi adalah sangat penting," terangnya.



Dalam wawancara ini, Mourinho turut mengakui adanya jurang generasi, dengan sebahagian pemain muda lebih 'mencintai' kekayaan dan kemewahan gaya hidup berbanding usaha untuk mencapai sepenuh potensi mereka sebagai pemain.



Menjawab satu soalan tentang apa yang beliau tanggapi tentang keinginan seseorang pemain muda untuk menjadi profesional, pengurus Spurs itu berkata:



"Anda harus mencintai bola sepak dan mesti selalu bermimpi tentang bola sepak. Jangan mimpi tentang apa yang bola sepak boleh berikan kepada anda.



"Ramai pemain baru bola sepak, mereka lebih mencintai apa bola sepak boleh berikan kepada mereka dan gaya hidup yang boleh dinikmati mereka. Ini bukan dorongan yang sebenar.



"Anda lihat pemain lebih berusia yang masih bermain, seperti (Zlatan) Ibrahimovic pada usia 39 tahun, mereka adalah orang yang mencintai bola sepak dan bukannya apa yang bola sepak boleh berikan kepada mereka.



"Apabila anda berada dalam usia 12 tahun, ada harus mencintai setiap masa berlatih, bermain dan menyaksikan pemain profesional terbaik bermain, itu yang paling penting."



Penyerang asal Sweden, Ibrahimovic adalah anak buah Mourinho, kali pertama di Inter Milan di Italy dan kemudian di Manchester United.



Mereka berdua secara bersama telah memenangi kejuaraan liga Serie A dan kemudian memenangi Piala Carabao dan Liga Eropah di Old Trafford.



Dalam pertemuan dengan media Singapura ini, Mourinho juga mendedahkan beberapa kesukaran yang beliau hadapi dalam mengurus anak buahnya yang muda.



Ditanya bagaimana beliau memberi dorongan kepada mereka, pengurus yang terkenal dengan sikap terus terang itu berkata:



"Saya tidak percaya saya mengajar. Ia adalah satu proses. Ia bukan suatu yang boleh anda ajar dalam beberapa sesi.



"Tidak ada pun keajaiban. Segalanya bergantung kepada personaliti dan kesediaan untuk mendengar dan berusaha membuat peningkatan. Adakala, anda hadapi seseorang yang benar-benar terbuka kepadanya dan ada pula tidak begitu terbuka (untuk menerima teguran dan tunjuk ajar).



"Adalah penting untuk memahami bahawa pemain dan jurulatih, pelajar dan guru, mereka meluangkan beberapa jam bersama dalam sehari tetapi ada dunia luar yang juga meluangkan lebih banyak masa dengan mereka.



"Ini boleh saja, rakan mereka atau satu rombongan. Mereka boleh mempengaruhi dan adakala ada percanggahan dengan apa yang mereka dengar di luar dan adakala ia tidak menyebelahi kita.



"Ia bukan satu proses mudah," ujarnya, yang kelihatan santai dan adakala tersenyum mesra dalam menjawab soalan yang dikemukakan.




SAYA PENGKRITIK TERBESAR DIRI SENDIRI



"Saya pengkritik terbesar bagi diri saya sendiri. Saya adalah seorang yang menganalisis diri saya setiap hari. Saya dah lali dengan orang yang fikir mereka lebih tahu tentang pekerjaan saya daripada diri saya sendiri."



PEMAIN MUDA TIDAK CINTAI BOLA SEPAK?



"Anda harus mencintai bola sepak dan mesti selalu bermimpi tentang bola sepak. Jangan mimpi tentang apa yang bola sepak boleh berikan kepada anda.

Ramai pemain baru bola sepak, mereka lebih mencintai apa bola sepak boleh berikan kepada mereka dan gaya hidup yang boleh dinikmati mereka. Ini bukan dorongan yang sebenar.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >