LIGA PERDANA ENGLAND

Mourinho terdesak ubah nasib pasukan, City azam kembali pamer sengatan

LONDON: Tatkala berdepan 'masalah' yang kian merumitkan, Jose Mourinho akan berusaha mengembalikan semangat juang Chelsea apabila menerima kedatangan Southampton dalam satu perlawanan Liga Perdana England (EPL) hari ini (12.30 awal pagi esok waktu Singapura).

Satu lagi minggu yang mengecewakan - menyaksikan The Blues kecundang 1-2 kepada Porto dalam Liga Juara-Juara pada Selasa lalu - menambahkan lagi 'kegelisahan' di kalangan penyokong juara England itu dengan Mourinho sendiri terpaksa tampil bagi mempertahankan hubungan baiknya dengan para pemain selepas merombak skuad semasa kekalahan di padang kelab Portugal itu.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun