Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Mourinho: United tiada kualiti teknikal

Oct 04, 2018 | 05:30 AM



MANCHESTER: Jose Mourinho berisiko terbabit dalam satu lagi pertelingkahan dengan pemain-pemain bintang Manchester United, apabila pengurus tersebut menyelar barisan pemainnya kerana tidak memiliki kualiti teknikal selepas seri 0-0 ketika menentang Valencia, awal pagi semalam.



Pertembungan Liga Juara-Juara yang mengecewakan di Old Trafford itu menjadikan anak buah Mourinho kini sudah mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan.



United tidak mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol yang berdepan dengan lawan yang juga tidak berada pada prestasi terbaik.



Pasukan tuan rumah diejek peminat sebaik saja tamat perlawanan.



Ia satu lagi tamparan hebat buat Mourinho, yang mula dikecam selepas mengatasi rekod terburuk United untuk musim liga dalam tempoh 29 tahun.



Mourinho sebelum ini bertelingkah dengan tunggak tengah midfield, Paul Pogba, serta beberapa pemain lagi dalam skuadnya.



Dan kali ini, beliau mempertikaikan keupayaan benteng yang diturunkan ketika menentang Valencia - dibarisi Antonio Valencia, Chris Smalling, Eric Bailly dan Luke Shaw.



"Kami tidak mempunyai kualiti teknikal untuk memulakan gerakan dari bawah," kata Mourinho.



"Pemain sudah mencuba. Mereka meningkatkan rentak permainan walaupun kita tidak mempunyai ramai yang mampu berbuat begitu.



"Kami mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menang, tetapi saya perlu menerima ini sebagai keputusan yang wajar."



Mourinho mengakui United terlalu fokus untuk menyekat Valencia daripada menimbulkan masalah, walaupun beraksi di laman sendiri kerana ketika ini pasukannya tidak mempunyai tahap keyakinan yang baik.



"Ia bukan keputusan yang buruk. Bukan juga keputusan yang baik, tetapi boleh tahan. Kami mempunyai dua perlawanan menentang Juventus untuk mengutip mata. Ia kumpulan yang sukar.



"Kami akan berdepan Newcastle (hujung minggu ini) sebelum liga berehat seketika, kemudian kami bertemu Chelsea dan Juventus dalam tempoh tiga hari. Bagus untuk pasukan jika kami dapat menewaskan Newcastle," katanya.



Sementara itu pengurus Manchester City Pep Guardiola menggambarkan kemenangan 2-1 di Hoffenheim sebagai antara satu hari paling bahagia bersama kelab itu.



Pengurus skuad juara Liga Perdana England itu percaya, perkara penting yang dipelajari daripada kemenangan di tempat lawan itu akan membawa kejayaan Liga Juara-Juara pada masa hadapan.



Dalam pertarungan pagi semalam, gol lewat permainan oleh David Silva memastikan kemenangan buat City yang kembali menghidupkan kempen mereka, selepas tewas 1-2 kepada Lyon, di laman sendiri, dua minggu lalu.



Silva menjaringkan gol tiga minit sebelum tamat dan Guardiola berpuas hati dengan semangat juang serta kesabaran anak buahnya dalam menggasak Hoffenheim yang lebih banyak bertahan.



City dikejutkan dengan jaringan Ishak Belfodil hanya selepas 44 saat, tetapi Sergio Aguero pantas menyamakan kedudukan sebelum jaringan Silva, yang mencuri bola daripada Stefan Posch dan membolosi gawang tuan rumah.



"Tewas di laman sendiri (kepada Lyon) menyukarkan keadaan dan dibolosi awal (di Hoffenheim) cukup perit, tetapi kami bangkit menentang apa saja hari ini," kata Guardiola. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >