Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Mourinho yakin pasukannya bagi musim baru ini tak perlu 'pembedahan' besar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Mourinho yakin pasukannya bagi musim baru ini tak perlu 'pembedahan' besar

Jul 19, 2015 | 05:22 PM

LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, percaya bahawa pasukannya bagi musim baru ini tidak memerlukan "pembedahan" besar tetapi telah mengingatkan para pemainnya bahawa mereka perlu menunjukkan prestasi lebih baik jika mahu mempertahankan mahkota Liga Perdana England (EPL) yang dimenangi musim lalu.

Justeru, sedang rakan sejawatannya di kededua Manchester City dan United sibuk membuat pelaburan besar bagi memperkuatkan skuad masing-masing - dalam usaha mereka mengejar Chelsea bagi musim ini - Mourinho belum sedia menekan 'butang cemas', sebalik gembira dengan pasukan yang dimilikinya.

Dua 'pembelian' Chelsea sejauh ini bagi menggantikan dua pemain yang meninggalkan Stamford Bridge - Radamel Falcao, yang akan menyertai skuad Mourinho dalam lawatan pramusim di New York esok, yang menggantikan Didier Drogba manakala penjaga gawang, Amir Begovic, bagi mengisi tempat Petr Cech yang berpindah ke Arsenal.

Mourinho dilaporkan meminati bintang muda Juventus, Paul Pogba, selain dilaporkan akan meningkatkan tawaran bagi pemain berbakat Everton, John Stones.

Namun pengurus asal Portugal itu tidak akan terkilan sekiranya Stones, Pogba atau mana-mana pemain lain menolak pelawaan untuk menyarungi jersi Chelsea.

Hakikatnya, beliau gembira dengan skuadnya yang ada sekarang.

"Pasukan-pasukan lain berbelanja besar untuk cuba menjadi lebih baik daripada kami tetapi pada asasnya, kami (Chelsea) tidak berubah (daripada skuad musim lalu.

"Saya tidak boleh menghalang mereka 'memecahkan' bank (untuk membeli pemain-pemain baru.

"Saya memberitahu pemain kami bahawa kami pasukan yang sama tetapi pasukan lain semua sudah berubah... untuk mendapat seseorang (pemain), ia adalah kerana saya kehilangan seorang pemain atau kami mendapat tawaran yang hebat," ujar Mourinho.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3