Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Moyes gembira West Ham bukti keupayaan berada dalam kelompok 4 pasukan teratas

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: West Ham membuktikan keupayaannya sebagai pencabar kelompok empat pasukan teratas selepas membelasah Aston Villa - yang menamatkan pertarungan dengan 10 pemain - 4-1 kelmarin.



Ia juga kekalahan Villa yang keempat berturut-turut dalam Liga Perdana. Villa kekal di tangga ke-15, tiga mata di atas zon relegasi.



Bagi West Ham, keputusan itu bermakna pasukan pimpinan David Moyes kini menduduki tempat keempat - mengutip mata yang sama dengan penghuni tempat ketiga Manchester City.



" Ia adalah minggu yang sangat baik. Tapi, anda tahu apa yang terjadi dalam bola sepak, ia boleh pantas berubah," ujar Moyes.



"Tapi saya fikir kami berada di peringkat di mana kami benar-benar yakin dalam banyak perkara yang kami lakukan. Pemain faham peranan mereka dan apa yang kami jangkakan daripada mereka.



"Kami tidak boleh dibuai keyakinan... saya telah memberitahu mereka bahawa jika kami fikir kami sudah melakukan yang terbaik dan semuanya mudah, ia akan menghukum diri sendiri. Jadi kami perlu meneruskan kerja keras ini.



"Saya puas hati dengan keputusan ini. Untuk beraksi di padang Villa dan menjaringkan empat gol bukanlah sesuatu yang mudah. Ia benar-benar perlawanan yang sukar kerana Villa memiliki pemain-pemain yang baik."



Ben Johnson membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ketujuh perlawanan dengan rembatan leret ke sudut kiri gawang dari jarak jauh selepas menyambut bola dari hantaran lintang Declan Rice.



Rice kemudian menemui sasaran di sudut yang sama pada minit ke-38 untuk mengembalikan kedudukan The Hammers di depan setelah Ollie Watkins menyamakan kedudukan buat pasukan tuan rumah empat minit sebelumnya.



Villa berusaha mencari gol penyamaan kedua mereka, yang menyaksikan tandukan Watkins terkena tiang gawang, namun harapan mereka kian tipis selepas Ezri Konsa dibuang padang kerana mengasari Jarrod Bowen.



Pemain bek tengah itu dilayang kad merah sebab menghalang Bowen, yang dinilai berada dalam posisi baik untuk menjaringkan gol.



Beberapa detik sebelum itu, Kortney Hause terlepas dihukum kerana mengasari Pablo Fornals.



"Ia bukan kad merah," kata bos Villa Dean Smith. "Pengadil melihatnya pada masa nyata dan fikir bola akan menuju ke arah gawang. Ia mengejutkan, ia tidak menuju ke gawang - dan Ashley Young ada untuk membendung pemain lawan. Keputusan pengadil itu mengejutkan saya."



Dengan Villa terpaska menyerang untuk mencari gol penyamaan, Fornals menyumbatkan masuk gol ketiga West Ham pada minit ke-80 sebelum Bowen menyempurnakan kemenangan pasukan dengan satu lagi gol dari jarak dekat ke dalam gawang yang tidak diawasi empat minit kemudian.



Kemenangan West Ham itu bukti permulaan cemerlang mereka dalam kempen musim ini - mereka kini memperoleh lebih banyak mata pada tahap musim ini berbanding musim-musim lalu sejak 1975-76. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >