LONDON: Pengurus Manchester United, David Moyes, yakin pasukannya kian bangkit menjelang perlawanan dengan Manchester City dinihari esok (pagi Rabu) selepas ia menundukkan West Ham 2-0 pada hujung minggu.
Wayne Rooney menjaringkan kededua gol, termasuk satu gol hebat daripada jarak 55 meter, untuk terus bersaing tempat di Liga Juara-Juara Eropah musim depan.