LONDON: Manchester United kini berpaling pada pertandingan piala untuk mengubat duka dalam Liga Perdana apabila mereka menyambut kedatangan Swansea City dalam Piala FA esok, sementara Chelsea, Liverpool dan Manchester City juga berusaha mengelak kekalahan di tangan kelab-kelab kerdil dalam pertandingan sama.
United mengalami kekalahan keenam dalam kempen Liga Perdana mereka dan tercicir 11 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, tetapi menunjukkan prestasi lebih baik dalam pertandingan piala musim ini.